Pages

Thursday, February 13, 2014

SHAKLEE BAKAM ; SHARING IS CARING

Jadual arini sgt padat, tapi semakin padat semakin semangat.pasti berkat kurniaan ilahi..seinfiniti syukur..sempat juga berpesan kpd student form 5 yg saya ajar arini, "jgn lupa buat homework rohani ,cuba usahakan selawat 100 x. Lagi2 hari jumaat, sbb antara amalan hari jumaat yg digalakkan adlah berselawat, membaca alquran sebanyak2nya,zikir, membaca surah al kahfi..jadi kita buat sket2 dlu. Kita mulakan dengan amalan berselawat, antra hikmah berselawat antaranya sudah pasti mendapat syafaat nabi,membuka pintu rezeki, diampunkqn dosa, dihilangkan rasa sedih dan gelisah, tidak mudah lupa.."
Lepas je kelas dalam jam 2 saya ada meeting di SM Sains untuk sesi perkongsian dalam subjek  Matematik Tambahan. Secara ringkasnya sekolah saya jd mcm sekolah angkat bagi sains untuk tgkatkan prestasi add maths. Sya plak selaku Ketua Panitia, pasti diberi tanggungjawb untuk tujuan tersebut. Sebagai perkongsian, antara program yg menjadi taqwim sains adalah ceramah menjawab soalan, latih tubi awal pagi, mentor mentee, tusyen dan perfect score..aktiviti2 ni bagus dan boleh kita share cuma pandai2 la kita sesuaikan dengan keupayaan pelajar kita. Meeting abis dalam jam 4. Moga ALLAH memberkati pertemuan tadi dan mendapat manfaat serta kudrat untuk dilaksanakan. Amin..
" Hanya mereka yg memberi dengan kasih sayang saja dapat dirasa dengan hati"




No comments:

Post a Comment