Pages

Wednesday, February 5, 2014

Syukur..semuanya dah mencari keperluan.

Hanya 5 minit....

Kalau baca tajuk ni, macam2 tekaan tentang 5 minit ni kan..Takper,teruskan membaca..

Arini syukur ALLAH mudahkan semua pengajaran saya di kelas, saya yakin berkat "homework" saya bagi kat student yg cuti raya cina hampir 6 hari..setiap guru pasti buat apa yg saya buat..hehe bg homework tu mesti..lagi2 bile nagajar subjek kira2 ni,latih tubi tu mmglah wajib..tapi kali ni homework yg saya bagi agak berlainan..di samping latih tubi, secara jujur saya minta students buat "homework" untuk latihan rohani..
Sepanjang cuti 6 hari aritu, sya minta diorang wajibkan diri solat dhuha, solat taubat dan solat hajat..antara tujuannya supaya mereka menuntut ilmu dalam barakah, sbb tu solat dhuha moga ALLAH kurniakan rezeki ilmu, mudah faham, mudah dididik dan dapat mengajar antara satu sama lain setelah dikurniakan kefahaman..solat hajat supaya capai semua keinginan yang memberi kebaikan kepada diri sendiri terutama kemahuan ingin berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ni, dan solat taubat supaya diampunkan dosa agar mudah faham ilmu yang disampaikan dan ringan anggota badan untuk diamalkan..

Ia juga memberi impak dan kesan kepada diri sya, antaranya saya lebih bersungguh2 dan bersemangat dalam menyampaikan ilmu ALLAH,ada antara pelajar yang saya "hukum" tadi cukup redha menerima hukuman atas kesilapan sendiri, ilmu baru yg disampaikan tadi membuatkan pelajar mudah faham..semuanya sudah pasti atas bantuan ALLAH ..alhamdulillah..Kebiasaan yg saya amalkan, sebelum memulakan sesi mengajar, saya mewajibkan semua pelajar saya berzikir 10x utk istighfar, 10x selawat yg ringkas dan 10x laailahaillallah..nampak mcm byk..tapi semuanya 5 minit sahaja..begitu lah rutin setiap kelas yg saya masuk..impaknya..amat baguss..alhamdulillah, mudah pengajaran kita, pelajar pun mudah patuh dengan kita..kalau kita marah sekalipun, mereka tetap kembali kpd kita dan lebih menghormati kita..marilah kita sama2 cuba amalkan..insyaALLAH keberkatan akan kita perolehi..

Lepas mengajar ( abis waktu P n P) dalam jam 2.15 ke atas, tergerak saya nak ambil barang Shaklee di ofis yang dipesan customer..ada 2 kotak. Satu kotak memang yg sudah dioder customer, dan satu lagi saya jual pada mereka yg rasa perlu..sangkaan saya macam susah nk laku jugak sbb keadaan rakan sekerja tiada dalam bilik guru yg ada pun xsampai 5 orang,tapi kerja ALLAH xsampai 5 minit saya buka kotak tu, boleh terjual semua vitamin dalam kotak tu..Subhanallah..kalau nk dikira jumlah satu kotak tu dalam seribu RM..rezeki meniaga pasti ALLAH gandakan jika niat dan jalannya betul..Tujuan saya beli stok byk2 tu utk memudahkan pengguna beli secara offline.Kadg2 kesian diorg tepaksa bayar post untk 2,3 botol je..jadi dengan adanya stok ni, dapatlah memudahkan pengguna..alhamdulillah..saya sentiasa berdoa agar diberkati rezeki..amin..

Tu lah cerita saya tentang 5 minit..harap memberi manfaat dan inspirasi kepada semua..insyaALLAH..kali ni saya doakan agar pembaca beroleh rezeki dan nikmat yang hebat dan lebih mendekatkan diri dengan pencipta kita iaitu ALLAH swt..amin.





Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

No comments:

Post a Comment