Pages

Thursday, March 29, 2018

PERFOMANCE DRINK BUKAN SAHAJA UNTUK MEREKA YANG BERBASIKAL



Sejak dibangku sekolah lagi, mak kita akan bekalkan sebotol air sebelum melakukan semua aktiviti di sekolah. Pesan mak, “jangan lupa minum air selalu supaya  badan sentiasa cergas dan tidak mengantuk”..pesanan itu saya rasa masih lekat di kepala setiap kita walaupun kita sendiri sudah mempunyai anak sendiri. Dulu saya tak faham kenapa mesti  kerap minum air, hanya ikut sahaja apa pesan mak ayah kita. Bila dah semakin meningkat dewasa, barulah faham dan memang amalkan kerana dah tahu kepentingannya. Itulah pentingnya ilmu kan?
Atas kesedaran pentingnya keperluan air dalam badan kita yang melebihi dari 60% dari badan kita, saya sangat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan ahli keluarga termasuk diri saya sendiri. Pelbagai kaedah menyukat keprluan air dalam badan seseorang, tapi yang dapat saya rumuskan adalah setiap 25kg badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air. Sebagai contoh jika berat badan saya 50 kg , maka badan saya memerlukan 2 liter air sehari. 
shaklee bakam, tudan, permyjaya
Saya amat yakin, ramai antara kita tahu keperluan air mengikut badan masing-masing, tetapi tidak ramai yang berdisiplin untuk memastikan keperluan air cukup dalam badan. Contohnya bagi mereka yang memerlukan 2 liter air sehari (tidak termasuk air manis) , kalua kita sukat menggunakan botol mineral 500ml , maka kita perlu minum 4 botol kan ? Bagi mereka yang tidak gemar minum air, bilangan  4 botol itu adalah sangat banyak, jadi saya mencadangkan untuk membahagikan  4 botol mineral itu kepada 8 kali minum. Antara masa yang sesuai untuk kita minum air  :
-sejurus bangun dari tidur
-sebelum dan selepas solat subuh
-sebelum makan tengahari/ makan malam
-setengah jam selepas makan tengahari/malam
-sebelum dan selepas mandi
-sebelum tidur
shaklee bekenu, siwak
Walau bagaimanapun, dengan cuaca panas zaman sekarang ntuk mengelakkan badan dari dehidrasi, setiap pagi saya akan bancuhkan 2 sudu besar Perfomance Drink ke dalam botol air 500 ml untuk anak saya, manakala 4 sudu besar Perfomance Drink ke dalam botol 1 liter untuk dewasa seperti saya. Untuk rasa yang lebih ummphh, elok dibancuh bersama air sejuk.
Mengapa mesti mengambil Perfomance Drink setiap hari?
Dengan rumusan ekslusif Opticarb dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, membekalkan tenaga dan memastikan keseimbangan bendalir dalam tubuh agar tidak kekeringan. Perfomance Drink mempunyai lebih 67% sumber tenaga dan menyediakan dari 3 jenis karbohidrat dengan segera dan baik untuk sistem neuromotor iaitu tindak balas saraf dan otot. Tidak mengandungi bahan pewarna.
shaklee pak bong, kupang
Bagi mereka yang demam, sering sakit kepala dan mengalami kelesuan yang melampau, anda sangat memerlukan Perfomance Drink sebagai minuman tambahan setiap hari. Di tambah lagi dengan cuaca yang sangat panas boleh mengundang kepada gejala stroke haba, migraine, pitam dan demam panas.
Ketika saya travel walaupun dalam tempoh 4-5 hari sahaja, Perfomance Drink ini wajib saya bawa. Saya akan isikan ke dalam botol yang lebih kecil . Kadangkala bila kita travel, saya akui memang tidak cukup 2 liter saya minum. Lebih-lebih lagi bila turun naik kapal terbang. Bukan tak mahu minum, tapi sebab leka dan kadangkala terlupa dan tak sempat. Bila kurang air dalam badan, saya mudah migrain dan anak saya sendiri sukar untuk membuang air besar.Di tambah lagi kalau duduk di hotel yang ber”aircond” lagilah badan mudah terdehidrasi. Jadi untuk elak dari semua keadaan yang tidak selesa, Perfomance Drink adalah keperluan bagi kami satu keluarga.
shaklee niah, ladang
Jika bulan puasa pula memanglah HOT SALE dan HIGH DEMAND Perfomance Drink Shaklee kerana manfaat yang mampu kekalkan tenaga sepanjang hari dan kembalikan tenaga yang telah hilang seharian. Untuk kegunaan sepanjang bulan puasa, saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang.
Bagi mereka di luar sana yang ingin mencuba Perfomance Drink Shaklee, silalah hubungi saya Penasihat Kesihatan, FAIZ 019-8050837. Boleh juga hubungi untuk berbincang topik kesihatan.
Sekian dulu untuk entri kali ini. Saya doakan semua pembaca beroleh barakah dalam setiap amalan baik yang anda lakukan.
“ EVERYTHING IS NOTHING WITHOUT HEALTH”

Wednesday, March 28, 2018

Terapi anak dengan perhatian


Jangkitan virus “chicken pox” ini sudah biasa dengan masyarakat kita tidak mengira umur samada dewasa mahupun kanak-kanak. Namun untuk menguruskan ahli keluarga kita yang sudah dijangkiti virus “Varicella Zoster” ini bukanlah satu urusan yang mudah. Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.
pengedar shaklee bakam

Seperti pengalaman saya sendiri, anak saya berumur 6 tahun telah dijangkiti virus ini. Tanpa saya sedar ,bermula dengan keluarnya tahi mata selepas bangun tidur pada awal pagi, saya berfikir mungkin kerana cuaca panas dan anak saya tidak minum air secukupnya. Selepas 3 hari, barulah demam yang tidak terus panas sehinggalah tumbuh bintik-bintik yang berisi air(2 biji) di bahagian tapak kaki dan  sebiji di atas kening. Masa itupun saya belum terfikir itu adalah tanda-tanda awal “chicken pox”. Selepas semalaman anak demam dan badan mula panas dengan suhu yang tinggi lebih kurang 380c, saya terus bawa ke klinik dan doctor sahkan “chicken pox”, itupun saya masih tanya berkali-kali untuk pastikan betul ke anak saya ini “chicken pox”? Sebab memang langsung tidak terfikir akan dijangkiti “chicken pox”. Doktor memang berikan cuti kuarantin selama 5 hari pada anak dan ibu atau bapa. 

Image result for chickenpox virus
Apa peranan ibu bapa untuk bantu anak yang dijangkiti “chicken pox” ?
1. Mesti faham karenah anak yang kerap merengek dan mengadu tidak selesa. Sebab ruam-ruam merah yang tumbuh akan bertukar menjadi bintik-bintik yang berair dan rasa sangat gatal. Bukan itu sahaja, anak akan rasa lenguh-lenguh di bahgian anggota badan. Pada masa ini, sifat anak akan lebih manja dan sangat mahukan perhatian yang secukupnya. 
SHAKLEE BAKAM, LUAK, EMART RIAM
 2. Masak makanan yang boleh menaikkan selera makan anak seperti sup cendawan dan roti garlic( bila masa macam ni, tiba-tiba pandai pulak sapukan sedikit mentega dan sedikit bawang putih yang ditumbuk ) seterusnya bakar sekejap. Ada masa waktu tengahari waktu cuaca panas, saya beri sedikit aiskrim ikut perisa kesukaan anak saya(bukan perisa kesukaan kita yer) sekadar untuk sejukkan tekak dan kurangkan rasa pahit lidah anak.
Image result for mushroom soup campbell dan garlic bread
3. Pastikan cukup air untuk mengelakkan anak dehidrasi. Saya bagi minum air kelapa untuk sejukkan badan dan petua orang tua untuk keluarkan bias ruam yang masih mendap dalam kulit. Di samping itu juga Perfomance Drink Shaklee memang saya bancuh dalam botol air lebih kurang 500ml untuk bekalkan tenaga segera dan berterusan selain berfungsi menyokong penghidratan optimum.
SHAKLEE BAKAM, TUKAU, PULAU MELAYU

4. Menggunakan peluang cuti kuarantin yang telah diberi dengan meluangkan masa berbual-bual dengan anak, belikan mainan yang naikkan mood anak macam Lego( 4 tahun ke atas), warnakan buku warna bersama-sama, membaca buku cerita kesukaan anak. Dengan melakukan aktiviti bersama-sama anak, bantu dia sebagai terapi mood untuk dia “terlupa” kesakitan itu buat sementara.
SHAKLEE BAKAM, LUTONG , PIASAU
5. Pastikan pakaian yang dia pakai agak nipis dan tidak tebal. Ini untuk elakkan peluh yang akan lebih memberikan kesan gatal pada anggota badan dia. Jangan lupa sapukan krim yang doctor bekalkan supaya dia rasa sejuk dan memang dapat kurangkan rasa gatal.
Bersyukur walaupun anak sakit
Banyak hikmah bila anak diuji dengan “chicken pox”, kebersamaan bersama anak dapat lebih lagi merapatkan hubungan ibubapa dengan anak, menambahkan rasa sayang sebab kesian tengok dia merengek dan rasa tidak selesa, kita sendiri sebagai  ibubapa akan lebih berdoa dan mengharapkan pertolongan ALLAH supaya diberikan kekuatan pada anak dan kesembuhan. 

SHAKLEE BAKAM, LUAK, PUJUT
Walau bagaimanapun, pemantauan dan sifat keperhatinan dari ibu bapa yang akan lebih membantu proses penyembuhan anak kita. Pada hemat saya, jika anak sakit diberi lebih perhatian , dibelai dan dimanja, insyaALLAH anak akan segera sembuh dari masa yang kita jangkakan.
Berjumpa kita pada entry yang seterusnya dengan perkongsian yang lebih menarik dan ilmiah.
Baiklah, sebelum mengakhiri entri saya pada kali ini, ingin saya war-warkan jika ada di antara anda yang mempunyai kemusykilan dalam kesihatan, boleh pm atau hubungi saya sebagai Penasihat Kesihatan di talian FAIZ-019-8050837.
“ Life without healthy is nothing”