Pages

Friday, February 14, 2014

SHAKLEE BAKAM ; Mulakan dengan 30 minit

Walaupun pdp habis awal, jadual tetap mcm biasa..syukur ALLAH bg kesempatan utk sya buat ujian ringkas selama 30 minit untuk 4 kelas yang saya ajar. 2 kelas form 4, 2 kelas form 5.. Tajuk form 4 saya uji Persamaan Serentak dan Persamaan Kuadratik. Soalan ringkas mencari penyelesaian bagi persamaan yg diberikan. Byk kaedah yg pelajar boleh guna, pemfaktoran, rumus dan penyempurnaan kuasa dua dan sudah pasti kalkulator sebagai alat bantu menjawab.
Semangat jugak saya tengok budak2 ni,walaupun cuaca agak panas dan kurang selesa dalam kelas mereka ada kemahuan untuk menjawab.Alhamdulillah sgt2...
Budak2 form 5 plak, saya uji dengan 2 topik iaitu Linear Law dan Linear Programming. Soalannya dari SPM 2005 sudah tentu dlaam kertas 2. Bagus bila test kejap2 ni, baru budak betul nk study, klau tak diorg buat homework sekadar nk hantar je. Esok sekolah ganti, untuk kelas 5 A dapat semak dah esok.insyaALLAH. Bagusnya lagi utk cikgu mcm saya ni, bila buat test awal, baru kita tahu sejauh mana penguasaan budak dalam topik yg baru kita ajar, so ia akan memberi impak pada kita.
Tengoklah gelagat diorg menjawab..macam 2
Lepas ni diorang ada senamrobik dan sukan untuk pelajar asrama. Sebab tu dalam kelas saya pernah pesan, klau awak nk main ball dengan puas, senang je tip dia..waktu prep korang study dan buatlah keje umah abis2. Nanti baru ko puas main sebab ia satu reward utk diri korang..budak2 ni senyum lebar bila saya sebut mcm tu...hehe..begitu juga saya, petang2 saya akan training budak netball dengan seronok, sbb waktu mengajar ,saya  ngajar sehabis baik! Terima kasih ya ALLAH kerana memberi aku peluang beribadah dengan rasa kehambaan..Amin.






No comments:

Post a Comment