Pages

Tuesday, February 4, 2014

LAMBAIAN MU KAABAH..

Semuanya disemat dalam hati..

Shaklee Miri
Faiz Shaklee
Miri Shaklee
Faiz Shaklee Miri

Shaklee Miri


Fazi Shaklee Miri

Pada hari ketiga , rasa pilu menerjah ke lubuk hati apabila terpaksa meninggalkan bumi Madinah yang indah lagi barakah. Berpisah kita di sini dengan satu doa :
 " Wahai Rasulullah, undanglah kami lagi untuk berkunjung ke rumah mu. Kuatkan semangat dan jiwa kami untuk terus menerus mengamalkan sunnah mu Amin Ya Rabb.."
Kepiluan ini diubati dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan melawat dan solat di Raudhah pada malam pertama dan kedua lawatan kami.  Alhamdulillah..

Perjalanan ke Mekah....

 Maka, bermulalah perjalanan ke Mekah yang mengambil masa selama 6 jam. Jemaah lelaki sudah pun memakai ihram termasuklah suami saya, Ustaz Ali. Kami bermiqat (tempat berniat) di Bir Ali untuk melaksanakan ibadah umrah.
Sambil2 tu, mutawif sering kali mengingatkan pantang larang semasa ihram. Untuk jemaah lelaki  antaranya tidak dibenarkan memakai kasut yang bertutup, menutup kepala dan memakai wangi-wangian. Manakala untuk jemaah perempuan, wajib menutup aurat, tidak memakai wangi-wangian dan tidak dibenarkan memakai sarung tangan.
Walau pun pada dasarnya nampak mudah , tapi perkara yang dilarang adalah kebiasaan yang kita lakukan seperti memakai sabun, minyak wangi dan memakai kasut . Semuanya dapat diikut dengan sempurna dengan pertolongan ALLAH jua.
     Iklan sekejap : Gambar yg kat atas tu, 1) gambar masjid nabawi payung terbuka 2) gambar masjid nabawi payung tertutup ( subhanallah memang cantik, klu tengok life lagi lah bercahaya, tak terkata, hanya mampu berselawat dan mengucap syukur ) 3) dan 4) gambar suami dan saya bersama anak, Mishary di ladang kurma. Kat sini lah murah kurma ajwa dijual, lebih kurang sekilo 80 Riyal ( lebih kurang RM77)..5) dan 6) gambar kami di Jabal-Uhud ( Perang Uhud berlaku di kawasan ini)

Setelah 6 jam berlalu, alhamdulillah sampailah kami di bumi suci Makkatul Mukarramah. Perasaan waktu tu tidak sabar, terharu, hiba dan berdebar untuk melihat sendiri Masijid Haram apatah lagi kaabah yg semakin melambai2 untuk di tawaf. Sebaik sahaja kami tiba di hotel, lebih kurang jam 10.30 malam, masih ada rezeki untuk dinner( dah kira supper ni) atas budi bicara tokeh hotel. Lps makan, tanpa buang masa, kami terus bergerak ke Masjidil Haram secara berkumpulan untuk melakukan tawaf , saie dan bertahlul. Dalam hati sentiasa berdoa agar dipermudahkan, diberi kekuatan untuk mendapat umrah yang mabrur..amin..

Sebaik sahaja masuk  ke Masjidil Haram , kami dibawa menuju ke kwasan kaabah. Mutawif sendiri berasa hairan dan tidak menduga  umat manusia begitu ramai, luar  biasa dari kebiasaan. Apapun, kami memulakan terus memulakan tawaf. Rasa tenang dan kosong fikiran, jiwa bila melihat kaabah walaupun dikelilingi ramai manusia. Subhanallah, mulut ni tak henti2 memuji MU Ya ALLAH, tanda syukur seinfiniti yang tidak ternilai kerana sudi menjemput kami sekeluarga menjadi tetamu Mu Ya ALLAH.Sempat jugak berbisik dengan suami agar memaafkan semua kesalahan saya dan kami saling memohon maaf. Semuanya atas detik hati oleh ALLAH dan kerana ALLAH. Alhamdulillah, terharu plak rasa time tu..

Saya dipimpin oleh sahabat baik saya, N sepanjang tawaf sambil mendukung Mishary yg dh tido bila masuk pusingan ketiga. Mana taknya waktu tu dah hampir jam 1 pagi. Banyak yg N ajar saya termasuk doa sepanjang tawaf, Alhamdulillah semuanya ALLAH atur yg terbaik dan dapat melakukan tawaf dengan penuh rsa tawadhuk. Air mata kehambaan , kesyukuran berderai di depan kaabah ini. Moga ia menjadi saksi di akhirat kelak agar dilindungi dari neraka Mu Ya ALLAH. Walaupun pada mulanya merasakan 7 pusingan agak penat, tetapi kuasa ALLAH meringankan semua anggota badan dan sekelip mata dah cukup 7 pusingan. Syukur pada Mu Ya ALLAH.

Selepas melakukan  solat sunat tawaf, kami terus melakukan ibadah saie. Masa ni Mishary didukung oleh abinya dengan menggunakan carrier. 7 kali pegi balik di antara Safa dan Marwah. Kaki ni tuhan je yg tahu betapa lenguhnya. Tapi rasa hiba bila mengenangkan pengorbanan Sarah berulang alik dari Safa ke Marwah mencari air untuk anaknya Ismail. Tak dapat dibayangkan sebab keadaan zaman itu terlalu jauh dari zaman sekarang. Kemudahan tempat untuk melakukan saie dengan penghawa dingin dan berlantai, itu pun kami mengeluh letih, lenguh dan penat.. Ampunkan dosa kami Ya ALLAH dan masukkan kami dalam golongan hambaMu yg bersyukur dan menyucikan diri

Selesai sahaja melakukan ibdah saie, kami pun bertahlul (sama ada bercukur atau menggunting sebahagian rambut) . Rasa syukur kerana baru sahaja melaksanakan rukun umrah yang terakhir. 
" Ya ALLAH  Ya Tuhan Kami, Kau terimalah umrah kami dan kurniakanlah kami umrah yang mabrur..amin." 

Saya juga mendoakan agar pembaca dijemput ALLAH menjadi tetamuNYA..insya ALLAH..

Setakat ni dulu untuk arini , insya ALLAH saya akan berkongsi lagi perjalanan dan pengalaman di Mekah bersama semua pembaca. Jangan lupa amalkan istighfar selalu. Moga diampunkan ALLAH dan dirahmati ALLAH.





Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami
 Email : amishary248@gmail.com
No Tel : 0198050837


 Salam Sayang
 Faiz

No comments:

Post a Comment