Pages

Sunday, February 2, 2014

UMRAH PERTAMA KU

Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada yang tahu...
Tak pernah terjangkau oleh akal kami akan menjadi tetamu Allah tapi syukurnya ia benar-benar berlaku.


Salam rahmat buat semua..


Alhamdulillah hampir seminggu kami sekeluarga baru pulang dari Baitullah (rumah ALLAH)..semuanya atas jemputan ALLAH yang terkandung 1001 hikmah yang tiada tolok bandingnya..
Dapat dikongsi sedikit pengalaman yang bakal  menguja semua pembaca agar bersama-sama menanam niat menjadi tetamu ALLAH.
Perjalanan dimulakan dengan lawatan ziarah di bumi barakah , Madinah sebagai ucapan selamat datang kepada kekasih ALLAH iaitu Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mendiami di bumi Madinah selama 3 hari 2 malam seolah-olah diberi peluang menggapai syurga dunia yang tidak dapat diluah dengan kata-kata.Subhanallah..Terima Kasih ALLAH memberi peluang berjumpa dengan kekasihMU walaupun hakikat diri ini terlalu kerdil untuk mengaku sebagai umatnya yang belum sepenuhnya berjaya mengamalkan sunnah mu Ya Rasulullah.
Suhu di bumi Madinah menjangkau 10 darjah celcius, sejuk kering dan dingin walaupun masih ada sinar mentari yang menyinar bumi.Alhamdulillah..Hari pertama kami sampai agak keletihan dek perjalanan yang memakan hampir sehari. Walau bagaimanpun, kami kuatkan semangat untuk beribadah di masjid nabi demi merangkul rahmat dan berkatNYA. Kami sempat berziarah di Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Qiblataian, Medan Perang Khandak dan Pasar Tamar. Rasa hiba dan terharu apabila mendengar penerangan dari mutawif tentang kisah-kisah sejarah berkaitan dengan tempat yang kami ziarah.

Insya ALLAH entry ini akan bersambung jika ada kelapangan malam ini...salam ukhwah dan saya doakan pembaca semua berolah rahmat dan kasih sayang ALLAH..amin...




Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

No comments:

Post a Comment