Pages

Wednesday, August 23, 2017

Mood mesti mau baik

Seharian melalui rutin biasa sangat memenatkan..lagi-lagi kerjaya guru yang menggunakan 100% kudrat suara ni..tambah lagi kalau puasa pulak hari tu, memang cepat sangat "low bat" bila dah lewat petang..

Siang dengan hal ehwal murid, malam pulak dengan hal ehwal rumahtangga..biasalah tu,hidup takkan pernah lari dari tanggungjawab sebab tu ahli ibadah selalu pesan kejarlah dunia dengan bekerja, rehatlah setelah dunia meninggalkan kita(mati).

Bagi saya menjalani rutin harian setiap hari perlu kepada mood dan semangat yg berkobar-kobar untuk menyampai ilmu..sedari tu awal pagi selepas siapkan keperluan suami dan anak, saya akan memilih minuman yang booster energy awal pagi, bagi mood yang best seolah-olah takde masalah..hihi..kemudian masuk kelas jumpa anak-anak murid dengan perasaan yang sangat segar, best kan lalui setiap awal pagi dengan mood yang macam tu?😃

Atas manfaat ini yang "mengikat" kesetiaan saya dengan Cinch Tea Shaklee sehingga ke hari ini..saya dah amalkan sejak tahun 2013..

Asalnya sahabat saya,N syorkan sebab saya selalu migrain..memang mujarablah..selepas konsisten amal, baru saya perasan manfaat yang lain pulak..alhamdulillah.

Macam-macam jugak saya cuba minum Cinch Tea ni ikut cara saya..ada yang saya tambahkan dengan Peppermint Ginger lah sebab saya suka rasa mint pagi-pagi macam rasa kat Cameron gitu, ada jgak yang saya tmbah dengan madu, oklah jugak rasa dia, tapi yang saya serasi sampai sekarang bila saya campurkan Cinch Tea dengan Mealshakes atau nama glamour sket orang panggil Mealshakes ni "susu serbaguna". Mana taknya serbaguna, untuk satu hidangan(lebih kurang 2 sudu besar) bekalkan 19 vitamin mineral..ni yang perut amat suka sebab banyak makanan dia dalam mealshakes..yerlah kita suka mee, nasi lemak sebagai sarapan tapi perut kita hanya kenal vitamin dan mineral sahaja..so, mealshake memang "chemist" dengan usus kita. Sebab tu walaupun 2 sudu besar sudah memadai untuk tahan lapar sehingga 2,3 jam.

Lagi satu amalan saya dengan Cinch Tea ni, saya kerap ambil selepas lunch,minum untuk gantikan teh tarik,nescafe atau kopi. Penat mana pun,InsyaALLAH memang boleh bertahan tenaga sampai petang .

Tak salah kan mencuba benda yang memberi faedah. Macam saya, mencuba sehingga menjadi tabiat.

Hubungi saya untuk testimoni supplement Shaklee dan dapatkan ready stock Shaklee dari saya secepat yang mungkin..menukar tabiat hari ini mampu mengubah masa depan anda..✌🏻😁

Salam kasih mesra dari saya, FAIZ(019-8050837)

Sunday, August 13, 2017

3 atau 6 ?

Apa maksud tajuk entry kali ni?
Manfaat dari khazanah laut..
Kali ini saya nak share khasiat Asid Lemak Omega-3..
Seorang koordinator ,Gretchen Vannice di Nordic Naturals,yang membuat kajian lapangan khusus berkaitan asid lemak OMEGA-3 menyatakan,tabiat suka makanan yang diproses seperti fast food,biskut, cookies,sosej,nuget,makanan dalam tin,burger akan menyumbang kepada peningkatan asid lemak OMEGA-6 yang mana meningkatkan keradangan dalam tubuh badan . Oleh itu beliau menyarankan pengambilan OMEGA-3 secukupnya utk menghalang kewujudan OMEGA-6 yang datang dari sumber makanan berproses tadi. Jika tidak,bila-bila masa sahaja keradangan boleh berlaku dan seterusnya mendedahkan kita kepada risiko penyakit kardiovaskular, obesiti, tekanan, strok.
Nisbah pengambilan OMEGA-6:OMEGA-3 adalah 4:1,tetapi gaya hidup masa kini telah mengubah kepada nisbah 20:1 yang sudah pasti menyebabkan kekurangan pengambilan asid lemak OMEGA-3.
Manfaat asid lemak OMEGA-3
1) Mencegah penyakit saluran darah dan strok
2) Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan memori
3) Meningkatkan sistem imun dan sihatkan paru-paru
4) Menentang kanser
5) Memelihara fungsi sendi
6) EPA,DHA membantu menstabilkan emosi dan kesihatan mental

Sangat banyak manfaat asid lemak OMEGA-3..semoga entry kali ini dapat membuka minda kita tentang perbezaan asid lemak OMEGA-3 dan OMEGA-6.

InsyaALLAH,next entry saya akan share kan bagaimana memilih OMEGA-3 yang terbaik.

Sila hubungi FAIZ-0198050837 untuk ready stock SHAKLEE .

Friday, August 11, 2017

Kaya? Miskin? Takdir atau Kebetulan..

Rasa terpanggil untuk menulis sedikit perkongsian dalam kuliah dhuha masa rehat tadi yang disampaikan oleh pengetua sendiri, Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob dari kitab AL-JAUHAR AL-MAUHUB (PERMATA PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI)..

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, rutin seharian kita sebenarnya boleh mengundang kepapaan. Jom kita semak apa kata ulama dalam kitab ini. Antaranya, bersama-sama kita ELAKKAN :

1) Tidur dengan keadaan bertelanjang

2) Makan ketika berjunub

3) Makan bertaburan, contohnya nasi yang dimakan bertaburan di luar pinggan, mesti kutip dan makan selagi ia tidak jatuh di tempat najis

4) Lap kotoran menggunakan baju yang sedang dipakai, contohnya lap mulut dengan gunakan lengan baju

5) Bakar kulit bawang kerana bau busuk bahan bakaran itu boleh mengundang kehadiran jin yang sangat sukakan bau busuk dan kotor

6) Menyapu rumah waktu malam (kalau sekali-sekala takpe atau keadaan yang tak dapat elak)

7) Tinggalkan samapah dalam rumah semalaman(so, setiap hari memang kena buang sampah)

8)  Berjalan di hadapan guru , melainkan selepas meminta izin dari guru tersebut

9) Basuh tangan menggunakan tanah

10) Panggil nama ibu bapa menggunakan nama gelaran "orang tua", "Hi Pak Akob"( kalau orang putih memang dah kebiasaan mereka panggil mak ayah diorang dengan nama diorang)

11) Kedekut dalam berbelanja dan sangat berkira

12) Meringankan dan melengah-lengahkan solat (buat sekadar nak cepat habis, memang tak hadirkan hati ketika solat)

13) Menjahit baju yang sedang dipakai dibadan

14) Tinggalkan sarang labah-labah kat dalam rumah (sawang)

15) Segera meninggalkan masjid ( imam abis je, terus keluar, bukan nak zirkir, doa pun tidak)

16) Berpagi-pagian ke pasar/shopping complex dan yang paling lewat keluar dari pasar (Kedai belum buka lagi pun dia dah tunggu manakala dia orang terakhir keluar sebelum kedai tutup)

17) Bagi orang miskin saki baki makanan  (sepatutnya beri yang terbaik)

18) Memadam pelita/lilin dengan mulut (tiup)

19) Menyikat rambut dengan menggunakan sisir/sikat yang patah/ rongak

20) Orang lain yang cucikan pinggan yang kita makan (kurang-kurangkan makan kat kedai..hihi)

21) Kurang berdoa untuk ibu bapa (disarankan sekurang-kurangnya 5 kali iaitu selepas solat fardhu) 

22) Memakai seluar dengan keadaan berdiri


So, semak semula amalan seharian kita. Moga perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk sama-sama kita beramal..insyaALLAH.


Untuk dapatkan  rady stock SHAKLEE, hubungi FAIZ 019-8050837.

Cerita Eskimo

Pada tahun 1970,seorang saintis Amerika iaitu pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia iaitu "'penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung , lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolestrol yang tinggi, menghadapi banyak masalah kesihatan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi dengan EPA dan HDA yang mampu merendahkan lemak dalam darah,menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus,merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
Bukan ini sahaja kebaikan Omega-3, banyak lagi yang akan saya kongsikan pada entry akan datang..InsyaALLAH..

Agaknya kalau tiada saintis Amerika ni,sampai hari ini kita masih tidak tahu khasiat ikan laut dalam..

Boleh dapatkan ready stock SHAKLEE,hubungi FAIZ-0198050837..


Wednesday, August 9, 2017

Perlu ambil sebab badan tak dapat hasilkan

Kenapa setiap bulan tak pernah miss oder produk ni..OMEGA GUARD SHAKLEE ..sebab memang menjadi keperluan badan yang banyak bagi manfaat..
Boleh dapatkan ready stock dengan menghubungi FAIZ-0198050837..

Monday, August 7, 2017

Buat lagi yer..

Itu yang best SHAKLEE ni, sesuai untuk semua peringkat umur baik kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua..
Malam tadi saya buatkan anak saya minuman "oren" yang dia suka..sampai minta saya buatkan lagi.."nanti buat lagi yer ibu.."
Minuman "oren" ni saya campurkan 3 produk SHAKLEE iaitu ESP, PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKE..
saya lebihkan sikit performance drink perisa oren tu untuk rasa masam-masam..
Awal pagi sebelum ambil heavy breakfast, boleh alas perut dengan minuman instant yang sangat ringkas dan berkhasiat..jimat masa dan kekal bertenaga dalam tempoh yang panjang..

Sesiapa di luar sana boleh dapatkan ready stock SHAKLEE dengan menghubungi FAIZ-0198050837..
#shakleeeffect
#shakleemiri
#shakleebakam
#shakleeluak