Pages

Saturday, May 31, 2014

SHAKLEE BAKAM,LUAK, MIRI ; LEVIS 501...

Rahsia berkat..
Satu hari dtg seorg pemuda mengeluh kpd seorg ustaz.." ustaz,saya peliklah dgn diri saya ni.gaji saya sebulan rm15 ribu ustaz tapi kenapa xpenah cukup."
Lalu ustaz pun bertanya..
" Saudara masih ada ibu?"
" Ye ustaz, masih ada..kenapa? "
" Jumpalah dengannya dan pohon ampun darinya." jawab ustaz dengan tenang.
Lalu pemuda td berjumpa dengan ibunya lalu bertanya.
"Ibu, saya ingin bertanya, ada ke apa2 kesalahan saya yg ibu belum ampunkan?"
" Tiada pun wahai anakku..semua kesalahanmu telah ibu ampunkan."
" Ibu, berterus-teranglah dengan saya,mungkin ada perkara yg pernah menyebabkan ibu terguris dengan saya..cakaplah ibu..cakaplah..saya sedia mendengar.."
" Betul nak, semuanya ibu dh ampunkan..tiada apa pun yg membuatkan ibu terasa.."
Mendengar jawapan ibunya begitu,lalu pemuda td melutut sambil merayu2 memujuk ibunya sehingga ibunya turut menangis sebak dan hiba lalu berkata..
" Wahai anakku, masih kah kau ingat peristiwa 10 tahun yang lalu? Ketika kali pertama engkau mendapat duit gaji,kau membeli sehelai seluar jeans yang mahal,Levis..kau minta ibu membasuhnya,lalu kerana kecuaianku, aku telah mencampurkan peluntur tanpa sengaja..dek kerana turunnya warna pada jeans itu, aku telah mencampurkan nila untuk menutup kecuaianku..apa yg kau katakan padaku? Ibu!! Seluar ni sangat mahal , saya beli dengan duit gaji saya sendiri. Ibu dah merosakkan seluar saya..!!"
" Maafkan ibu wahai anakku,bukannya ibu sengaja..ibu ni orang kampung nak,  manalah tahu menguruskan pakaian mahal begini..."
Lalu pemuda itu meninggalkan ibunya dengan hati yang panas..
" Kau masih ingat peristiwa itu nak? kerana kata-kata mu itu,aku rasa cukup terguris walaupun aku telah memaafkan mu anakku.."
Mendengar pengakuan ibunya, lalu pemuda itu terduduk dan terus sujud mencium kaki ibunya seraya memohon ampunn...
Ibu mana yang tidak memaafkan anaknya walau sederhaka mana pun seorang anak itu..
Dengan azam dan tekad, pemuda tersebut mengambil keputusan berhenti kerja kerana menganggap kerana kerjayanya dia lupa diri..pemuda tersebut membuka perniagaan kedai makan dan berkat doa dan redha seorang ibu terhadap anaknya, pemuda tersebut sangat berjaya sehingga membuka cawangan di setiap negeri. Pendapatannya mencecah rm64 ribu sebulan.
Semuanya berubah sekelip mata berkat dari doa dan redha ibunya.
Ini adalah kisah benar yang berlaku di Malaysia.
Moga perkongsian ini mampu membuka minda dan hati tentang peri pentingnya keberkatan dari seorang ibu..
Saya mendoakan agar pahala dari perkongsian ini dapat dihadiahkan buat ayahbonda saya yang telah menghadap ALLAH. Moga ALLAH menjadikan liang lahad mereka sebagai taman2 syurgaMU..amin..

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 01
98050837 Salam Sayang Faiz

No comments:

Post a Comment