Pages

Sunday, June 1, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; AKHIRNYA TERJALIN..

Hari yang paling membahagiakan bila melihat abgku dapat memperisterikan cinta hatinya, aishah..pertembungan 2 keluarga di antara keluarga melaka dan negeri sembilan membentuk negeri melaka..hihi..aku bersyukur kerana doaku di depan kaabah didengari dan diperkenankan oleh ALLAH..alhamdulillah..

Kat sebelah umah pengantin perempuan dah diadakan bulan lepas, tapi masa tu saya kat miri..jadi, sempena cuti sekolah ni dan saya pun balik melaka, tu yang buat  kenduri doa selamat untuk abg ni. Walau pun ringkas, simple tapi meriah..lagi2 pulak sebelah keluarga saya ni masih mengamalkan adat jawa makan " nasi ambeng".. Berkat dan ikut sunnah..
 Sempat jugak beli buah tangan untuk keluarga jemputan dan tetamu..
Yang kat bawah ni gambar adik lelaki saya, Kamarrul Arriffin..walaupun pkul 5 petang ni nak kena keja, tapi dalam kesempitan tu ada jugak kesempatan bertandang ke rumah untuk raikan kelurga kakak ni..
Yang bawah ni, gambar adik perempuan saya, Nuraqilah..sempat jugak bawa mak mertuanya untuk raikan majlis harini..tima kasih makcik sudi datang..
Gambar yang bawah ni bersama pakcik uzair, dia seorang HA di hospital pantai dulu..sekarang dah pencen..pakcik ni lah yang banyak berjasa pada saya adik beradik sebab dia lah yang jaga arwah ayah dulu masa sakit..dan berkat bantuannya yang ikhlas dia juga ALLAH bagi kesempatan jaga arwah mak yang sakit kanser tAhun lepas sehingga akhir hayatnya..hubungan dengan pakcik uzair ni insya ALLAH sampai ke akhir hayat kerana dia lah kawan mak dan ayah..kalau tengok muka pkcik uzair dan berbual dengan dia, mcm rasa aruwah mak dan ayah tu ada lagi..betul lah kata nabi, bila mak ayah dan menghadap ALLAH, teruskanlah silaturrahim dengan sahabat2 mak dan ayah..
Memang apa yg disarankan nabi memang ada hikmahnya...
Rindulah kat mak dan ayah..seronoknya kalau mereka masih di sisiku..tapi ketentuan ALLAH ada rahsianya...

Saya doakan moga abang dan akak sekeluarga diberkati dan dirahmati ALLAH hendakNya..
Amin..


Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

No comments:

Post a Comment