Pages

Sunday, May 4, 2014

SHAKLEE BAKAM, MIRI ; Sebelum terlambat..

Sedikit kisah pendek sebagai renungan..
" semasa dia muda dulu, sedang sihat anggotan badan, kuat upaya melaukan apa2 kerja pun, tetapi solatnya, hanya melaksanakan yg wajib sahaja, zikir pun kadang2 ye kadang2 tidak, lebih banyak tidak, solat berjemaah pun sekali sekala lebih kepada jarang2, sedekahnya pula bila org meminta,belajar kitab pula tidak pernah ada dalam organizer kehidupan, solat sunat apatah lagi...usia pula semakin meningkat dewasa dan akhirnya telah menjadi tua dan kekuatan badan semakin lemah dan penyakit mula mengunjung tiba..suatu hari apabila dia telah jatuh sakit, ramailah juga sahabat handai berziarah termasuk golongan yg seumur dengannya dan tak kurang juga yg muda..tetapi apa yg menjadi pengajaran di sini adalah...apabila orang2 muda yang melawatnya minta izin untuk solat dahulu, di depan matanya org2 muda ini bersolat sunat sebelum solat wajib seterusnya menunaikan solat wajib secara berjemaah. kemudian, di kesempatan yang ada, org2 muda ini sempat mengadakan sesi tazkirah ringkas....apa yg terdetik pada hatinya ialah kan bagus kalau ALLAH kembalikan semula usia muda ku, sudah tentu akan ku laksanakan sepertimana golongan muda ini perlakukan tadi..kan bagus kalau badanku sihat seperti mereka, boleh la aku solat berjemaah di masjid...."

Pengajaran dari coretan di atas..kita sedang melalui fasa muda ini,,dan jika dipanjangkan umur, kita akan melalui fasa tua juga..jadi beramal lah sebelum sakit, semasa sihat, sebelum sibuk, semasa mencari rezeki, rebutlah semua peluang yg ALLAH pinjamkan buat sementara sebelum diambil semula seikit demi sedikit..

petikan di atas, saya baru dengar dari siaran "Cinta Ilmu " di tv AL-Hijarh jam 6.15- 7 mlm tadi yg disampaikan oleh Dr. Zulkifli Nordin..

No comments:

Post a Comment