Pages

Tuesday, December 2, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU, MIRI ; Rindunya daku padamu..



Assalamualaikum wbt buat semua pembaca..
Rasanya belum begitu lambat untuk saya mengucapkan selamat bercuti sempena cuti sekolah sehingga hujung tahun ini insyaALLAH..
Seperti biasa, saya dan kwan2 yang lain pasti pulang ke kampung halaman masing-masing atau bercuti ke tempat-tempat menarik..saya pula pulang ke Melaka terlebih dahulu untuk melawat keluarga dan sanak saudara di sana dan tujuan utama adalah melawat kubur arwah mak dan ayah saya..rindu rasanya pada mereka berdua walaupun sudah hilang di mata namun doa untuk meeka tidak pernah putus..
Pada hari khamis terus saya pulang ke Gemas rumah arwah mak ayah, di rumah itu lah tempat saya dibesarkan..rasa satu kepuasan bila tiba di Gemas..rumah arwah sekarang abg dn keluarganya yang jaga dan terus menetap di situ,,syukur…saya suka pulang ke Gemas kerana kenangan dengan mak ayah seolah-olah  baru berlaku semalam..terubat rasa rindu dengan mereka bila berjumpa, berbual mesra dengan jiran-jiran di sekeliling rumah iaitu keluarga cik bedah dan keluarga cik limah..begitu juga dengan rakan-rakan arwah semuanya suka dan rasa terubat rindu di hati dengan arwah mak ayah bila melihat wajah saya, gaya saya dan mendengar suara saya…rindunya mak ayah saya..sebab tu nabi berpesan yang bermaksud, bila mak ayah sudah meninggal dunia, maka berhubunglah kamu dengan semua rakan-rakan, sahabat handai, kawan baik kepada mak ayah kamu..kerana ia mampu membahagiakan mereka yang masih hidup dan mengekalkan silaturrahim yang sedia terjalin..
Saya setiap hari berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat, jadikan liang lahad mereka sebagai satu taman syurgaMu, diampunkan dosa mereka, diterima semua amalan mereka dan dimasukkan ke dalam syurga Mu yang tertinggi..amin..


Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837/0138199558 Salam Sayang Faiz

No comments:

Post a Comment