Pages

Saturday, June 20, 2015

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU,MIRI ; BERSAMAMU..Siri 2

Assalamualaikum wbt para pembaca..
Mari kita sambung aktiviti " BERSAMAMU" bahagian yang kedua iaitu agihan barang keperluan ke 20 buah kampung, dalam 100 buah keluarga..
Sangat menyentuh perasaan sesiapa yang melihat kedaifan setiap keluarga yang kami lawati..
Bukan sahaja diuji dengan kemiskinan, malah ada yang buta dan lumpuh..
Program "BERSAMAMU " ini tidak mengira agama dan bangsa, sesiapa yang patut ditolong kita utamakan..
Gambar di bawah adalah rumah salah seorang pelajar SMKAMi, Amalina tingkatan 3z, statusnya yatim piatu dan di jaga oleh nenek yang sudah uzur dan seorang makcik  yang statusnya ibu tinggal..
Kampung Satap di Bekenu adalah kampung terakhir yang kami kunjungi..
Banyak manfaat , pengajaran, keinsafan dan pengalaman yang diperolehi dari program ini.
Bersyukur kepada ALLAH  kerana memilih kami menjadi peserta program kali ini dan memberi ruang masa untuk melihat nasib orang-orang kampung di luar sana seterusnya dapat muhasabahkan diri menjadi manusia yang paling bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan..
Terima kasih juga kepada Ustaz Fauzi kerana memberi peluang kepada warga SMKAMi bersama-sama menyelusuri kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.
Semoga aktiviti ini, mendapat redha ALLAH dan digandakan pahala ibadah sempena bulan Ramadan yang mulia ini..amin...




















No comments:

Post a Comment