Pages

Sunday, June 14, 2015

SHAKLEE BAKAM, TUKAU, LUAK, MIRI : TAZKIRAH HATI



Assalamualaikum wbt buat pembaca semua..didoakan semoga diri kalian sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH s.wt..

Pagi tadi sambil mengemas rumah, bersihkan dapur saya mendengar radio IKIM dalam satu siaraan “Pesona D Zahra” bersama Ustaz Mohamad bin Abdullah..tajuk pada pagi ini sangat bermanfaat bagi sesiapa yang mendengarnya..”Jangan Perbesarkan Kesalahan”…walaupun segmen ini khusus untuk mereka yang sudah berumah tangga, namun ia juga adalah salah satu cabang ilmu yang patut didengar malah diamalkan untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang soleh..antara isi perbincangannya adalah..

Manusia itu tidak sempurna dan sentiasa lupa, kadangkala se”sempurna” mana pun manusia itu menjaga hati manusia kadangkala terlanjur juga melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu hanya sekecil zarah..jadi kalau sesorang telah melukai kita atau telah melakukan salah kepada kita, ambil jalan yang terbaik yang Rasulullah anjurkan..berikan kemaafan,  hati tenang dan fikiran pun lapang..

Antara kata-kata Ustaz Mohamad yang menarik perhatian saya adalah “ manusia ini bagus mana pun, tak semua tempat dia bagus..begitu juga kalau manusia itu tidak bagus, tidak semua tempat dia tak bagus, pasti ada kebaikkannya..

Oleh itu 3 sifat yang dibincangkan untuk mengelakkan seseorang itu memperbesarkan kesalahan adalah :

1) SABAR- dalam al-quran, berulangkali ALLAH ingatkan tentang sabar kerana sabar itu sangat indah sepertimana dalam firmanNYA yang bermaksud “ ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar”…tetapi bukan sabar yang pasif, kerana sabar yang pasif ini akan membawa kepada sikap putus asa..atau dalam erti kata lain pasrah..dan apa maksud SABAR sebenarnya yer ??

SABAR ADALAH KEMATANGAN FIKIRAN DAN HATI KITA DALAM MEYAKINI SESUATU BENDA YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAHNYA

Imam Al-Ghazali menggariskan sifat sabar itu kepada 3 jenis iaitu :

a) sabar dari berbuat maksiat

b) sabar apabila menghadapi musibah

c) sabar dalam melakukan ketaatan

2) QANAAH- sentiasa rasa cukup, kerana dengan sifat qanaah ini akan membuatkan kita sentiasa rasa bertimbang rasa dan  tidak mudah komplen atas segala kekurangan yang berlaku pada diri kita

3) SUKUR –mesti sentiasa rasa bersyukur atas semua nikmat ALLAH..

“ jika kita bersyukur dengan suami yang soleh, ALLAH akan tambahkan solehnya suami kita,

Jika kita bersukur dengan isteri kita yang taat kepada perintah ALLAH, ALLAH akan tambahkan ketaatannya ,

Jika kita bersyukur dengan badan yang sihat, ALLAH akan tambahkan kesihatan kita dengan kudrat melakukan semua perkara yang ALLAH sukai,

Jika kita syukur dengan kekayaaan kita, ALLAH akan tambahkan kekeyaan kita dari segi harta dan hati..”

Moga perkongsia ini mendapat redha ALLAH dan diberikan kekuatan untuk sama-sama kita mengamalkannnya..amin..

Entry seterusnya akan saya kongsikan bagaimana SHAKLEE membantu mencapai kesihatan yang lebih optimum sempena bulan Ramadhan ini..nantiikan..insyaALLAH..
 
" Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak"
Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang dari saya, Faiz..

No comments:

Post a Comment