Pages

Saturday, June 14, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI; Dapat juga merasa...

Ingatkan senang nak cari ayam kampung bila dah duduk kampung ni, rupanya susah jugak. Ayam pun dah moden, dah tak jadi ayam kampung. Suami saya teringin sangat nak makan ayam kampung. Dari semalam dok cari ayam tak jumpa-jumpa, yang ada pun masih kecik lagi. Oleh kerana keinginan yang tinggi untuk makan ayam kampung, puass juga cari satu kampung. Akhirnya rezeki menyebelahi kami jugak, dapatlah 3 ekor ayam kampung yang sederhana besar. 
Best jugak bakar kat depan umah. Abang ipar pulak memang rajin menanam pokok ni, adalah pokok pisang, serai, mangga, lada, betik, limau dan ulam raja. Pondok kecil atau dangau pun abang ipar yang bina. Tu lah kan beza orang kampung yang ada pelbagai kemahiran ni. Macam-macam nak dibuat. Cuti kali ni memang rasa cepat sangat. Nak lawat umah sedara mara pun  tak sempat. Moga ada kesempatan pada cuti hujung tahun ni insyaALLAH..



Thursday, June 12, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI; Aktiviti seperti biasa...

Cuti kali ni memang merata tempat pergi. Dari Melaka ke Negeri Sembilan ke Pulau Pinang ke Kedah..Mana taknya, berjalan- jalan dari selatan sampai utara memang penat yang tidak tekira gamaknya..naik flight naik teksi naik flight lagi naik kereta naik flght lagi naik feri pulak naik lagi teksi...orang yang baca pun dah rasa penat apatah lagi tuan yang empunya badan ni..
Tu lah sebabnya ke mana pun sya pergi, vitamin asas memang tak pernah tinggal.. Bcomplex, Vitamin C, Vita Lea dan Ostematrix sentiasa dalam beg..bila dah penat macam ni, lepas makan tengahari, saya memang ambil sebiji bcomplex, vita lea dan vita c..dan saya tambah 4 biji oste..bukannya apa..badan sangatt letih bila travel jauh macam ni, tp dalam masa yang sama taknaklah balik ni asyik tidur je sebab letih sangat..begitu juga waktu malam, saya ambil lagi vitamin yang sama.. alhamdulillah..dapat keletihan ni dapat recover dengan begitu cepat..
Anak saya, Mishary pun saya bekalkan 1 paket nutriferon setiap hari sebab untuk tambahkan imunisasi..ye lah dah berjalan banyak tempat, jumpa orang sekian ramai, takutlah mudah kena jangkitan selsema dan batuk..
Cuti ni pun tinggal beberapa hari lagi..ahad ni dah nak balik Miri..lepas ni melalui rutin mengajar seperti biasa, walau pun dah nak berpuasa saya akan pastikan tenaga masih macam biasa dengan pengambilan ESP PROTEIN, MEALSHAKES dan PERFOMANCE DRINK setiap hari untuk memastikan pengambilan nutrien yang cukup dan seimbang di samping mengekalkan tenaga untuk aktiviti yang semakin padat...

Marilah mengikuti cara pemakanan yang sihat seperti saya sebagai satu langkah menjaga kesihatan secara optimum dan berkesan..bila badan sihat dan bertenaga, kita pun rasa semangat nak beribadah..lagi-lagi di bulan puasa nanti..insyaALLAH..

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; PERCAYA ..SATU KEAJAIBAN !

Berbisnes SHAKLEE ni lain sket bila time takder line mcm sekarang ni..ye lah biasanya mudah nak online tengok2 barang atau baca kebaikan produk- produk tapi bila takder line ni kena usaha cara lain pulak macam guna wasap atau mesej untuk promote produk plak..apapun sya percaya, walau di mana kita berada, selagi kita percaya dengan rezeki ALLAH beramal untuk mendekati dengan pemberi rezeki, pasti ALLAH  akan bagi jalan..dengan sabar duduk di kampung yang line internet suam-suam kuku ni( hehe..maaf ye org kampung) , petang tadi dapat mesej dai kawan kat miri,.." Faiz, aku nak 2 ESP, 1 MEALSHAKES k..esok aku amik.."  Waahh..alhamdulillah..ada orang oder barang...lepas tu. datang lagi wasap.." Faiz, i jadi tau nak amik GLA, GARLIC , VITAMIN E..utk bulan ni..nanti tunggu u balik miri i amik k.."...semalam barang yang sya oder pun dah dapat...alhamdulillah..terus regular customer minta macam biasalah..OSTE, OMEGA DAN AJHT..alhamdulillah..kerana saya percaya ada sales jugak walau pun saya cuti di semenanjung, memang ALLAH makbulkan kepercayaan saya..itulah ajaibnya berniaga ni...
Petang tadi ada sorang kakak ni kol bertanya tentang SHAKLEE sbb selama ni asyik baca kat intenet je, dia tak tahu nak amik produk apa yg baik untuk kesihatan dia..lepas saya berkongsi dari pengalaman saya sendiri, alhamdulillah akak tu terus nak jadi ahli..saya masukkan di bawah adik saya sebab dia menetap di Wangsa Maju berdekatan dengan adik saya yang menetap di Ukay Perdana..nampakkan kessan PERCAYA ni??
Pastinya atas izin ALLAH atas kepercayaan dan bersangka baik kita padaNYA..

Saya berminat dan jatuh hati dengan SHAKLEE ni sebab tujuan ASAS perniagaan ini adalah membantu mereka menjadi lebih sihat..
Jom join group saya dalam shaklee ni! Banyak untung dari pelbagai aspek..hubungan komuniti, kesihatan, ibadah dan kewangan..anda boleh ber" whatsApp", emel, telefon, telegram dengan saya..
Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda menjadi lebih HEBATT !!

Tuesday, June 10, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; Pemangkin semangat...!

Walau pun duduk kat kampung ni takde line, tapi cari jugak kat umah kat ipar yang duk jauh sket utk cari line..alhamdulillah..dapatlah update 2,3 entry..zaman sekarang ni sekali sekala tu rasa line lebih penting daripada duit sbb ada line baru boleh transfer duit bayar itu ini..
Dapat je line, saya terus update blog saya yg dah hampir seminngu tak update..tapi bila tengok fb, terkedu sbb dapat mesej dari sahabat saya yang sekarang dah berpangkat Master dalam Shaklee menulis sesuatu tentang saya, alau pun beberapa ayat, tapi cukup bermakna dan menyentuh hati saya...maka ini yang membuatkan saya bertambah semangat dan ingin menjadi seorang yang luar biasa seperti beliau..

Sebenarnya tak banyak yang saya bantu pun waktu tu, kami ni dah macam adik- beradik waktu kat um dulu. Arwah mak ayah saya dah anggap sahabat saya ni macam anak sendiri, kena marah pun pernah..lagi2 bila teringat kenangan tayar pancit kat tepi kubur cina, time tu nak magrib dah. Alhamdulillah ada org tolong mak dan kami time tu, yang lawaknya org yang tolong kami tu mmg marah kami ckup2 sbb lewat sangat hantar adik balik sekolah. Betul jugak org tu cakap, bahaya kalau keluar lewat2 mcm ni. Takut jadi apa2 yang tak diduga. Lepas sampai umah, kena marah lagi dengan ayah plak..aduhh memang hari kena marah lah aritu, dengan mak2 saya sekali kena marah..
Kalau teringat balik memang boleh buat saya senyum sorang2..ye lah tinggal kenangan semua tu yang dah hampir 13  tahun berlalu..
Buat sahabat ku N, terima kasih kerana tidak jemu2 mendoakan ku agar aku mengubah hidupku menjadi luar dari kebiasaan kehidupanku yang bukan sahaja seorang guru tetapi seorang bisneswoman yang berjaya dalam SHAKLEE..insyaALLAH...
Menjadi luar biasa dan bukan orang yang biasa-biasa adalah satu pilihan..asal SANGGUP untuk keluar dari zon SELESA..!


SHAKLEE BAKAM , LUAK, MIRI ; Rahsia No. 1

Saya balik cuti sekolah baru-baru ni, sambil kemas bilik kat rumah arwah mak, tak sangka jumpa sebuah buku bertajuk RAHSIA NO.1 ..buku ni saya dapat ketika seminar SHAKLEE tahun 2001.. Walau pun dah hampir 13 tahun usia buku ni tapi isinya masih segar dan padat dengan panduan dan tips bagaimana menjadi no. 1 atau juara dalam apa jua bidang yang kita ceburi..dengan satu kata kunci ajaib iaitu SANGGUP...
Saya merasa teruja bila jumpa semula sebab saya amat perlukan buku ni supaya bersemangat menjadi seorang yang luar biasa, asalkan saya mesti sanggup melakukan apa yang orang lain tidak sanggup buat..hehe..
Baiklah, insyaALLAH pada entry yg akan datang, nanti kita kongsikan sama-sama kenapa saya nk jadi luar biasa...!
Apapun doakan saya agar impian saya tercapai sehingga mencapai ke puncak kejayaan..amin..






SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; Menghargai ciptaan MU..

Dikesempatan yang ada ni, sempat saya bawa keluarga berjalan- jalan " melawat" ciptaan
ALLAH yang unik.. Jom !
Sekali-sekala melawat zoo ni seronok jugak walaupun penat. Tapi kami naik trem (keretapi) untuk bersiar-siar dalam kawasan zoo. Mishary lah yang paling seronok, bila naik trem kanan kiri pun tak sempat toleh sebab haiwan banyak yang nak ditengok. Hehe..bagus jugak bawa anak- anak berjalan kat tempat macam ni,kalau tak asyik tengok kat tv je.
Ok lah, nanti saya share pengalaman sepanjang cuti sekolah dalam entry yang lain , insyaALLAH..


Sunday, June 1, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; AKHIRNYA TERJALIN..

Hari yang paling membahagiakan bila melihat abgku dapat memperisterikan cinta hatinya, aishah..pertembungan 2 keluarga di antara keluarga melaka dan negeri sembilan membentuk negeri melaka..hihi..aku bersyukur kerana doaku di depan kaabah didengari dan diperkenankan oleh ALLAH..alhamdulillah..

Kat sebelah umah pengantin perempuan dah diadakan bulan lepas, tapi masa tu saya kat miri..jadi, sempena cuti sekolah ni dan saya pun balik melaka, tu yang buat  kenduri doa selamat untuk abg ni. Walau pun ringkas, simple tapi meriah..lagi2 pulak sebelah keluarga saya ni masih mengamalkan adat jawa makan " nasi ambeng".. Berkat dan ikut sunnah..
 Sempat jugak beli buah tangan untuk keluarga jemputan dan tetamu..
Yang kat bawah ni gambar adik lelaki saya, Kamarrul Arriffin..walaupun pkul 5 petang ni nak kena keja, tapi dalam kesempitan tu ada jugak kesempatan bertandang ke rumah untuk raikan kelurga kakak ni..
Yang bawah ni, gambar adik perempuan saya, Nuraqilah..sempat jugak bawa mak mertuanya untuk raikan majlis harini..tima kasih makcik sudi datang..
Gambar yang bawah ni bersama pakcik uzair, dia seorang HA di hospital pantai dulu..sekarang dah pencen..pakcik ni lah yang banyak berjasa pada saya adik beradik sebab dia lah yang jaga arwah ayah dulu masa sakit..dan berkat bantuannya yang ikhlas dia juga ALLAH bagi kesempatan jaga arwah mak yang sakit kanser tAhun lepas sehingga akhir hayatnya..hubungan dengan pakcik uzair ni insya ALLAH sampai ke akhir hayat kerana dia lah kawan mak dan ayah..kalau tengok muka pkcik uzair dan berbual dengan dia, mcm rasa aruwah mak dan ayah tu ada lagi..betul lah kata nabi, bila mak ayah dan menghadap ALLAH, teruskanlah silaturrahim dengan sahabat2 mak dan ayah..
Memang apa yg disarankan nabi memang ada hikmahnya...
Rindulah kat mak dan ayah..seronoknya kalau mereka masih di sisiku..tapi ketentuan ALLAH ada rahsianya...

Saya doakan moga abang dan akak sekeluarga diberkati dan dirahmati ALLAH hendakNya..
Amin..


Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz