Pages

Sunday, April 22, 2018

Fungsi kalsium bukan sekadar untuk tulang

Kenangan manis yang saya tak dapat lupa semasa di bangku sekolah rendah adalah ketika menunggu giliran beratur untuk mengambil susu kotak yang telah dioder. Rasa seronok sangat sebab ada perisa coklat dan jagung. Pada masa itu harga sekotak susu rm0.60 . Dapat juga beli dlm 6,7 kotak. Lepas pulang ke rumah dengan segera saya letakkan susu kotak di dalam peti ais, bila nak minum pastilah berebut dengan abang dan adik sebab dah sejuk memanglah sedap.

Masa sekolah dulu memang langsung tak tahu kenapa kena minum susu. Cuma tahu sebab nak tambah ketinggian dan mahukan tulang kuat. Bila dah dewasa barulah faham kepentingan kalsium untuk tubuh kita.

Hakikatnya kalsium adalah penting untuk kesihatan kita amnya. Hampir setiap sel dalam badan kita menggunakan kalsium dalam pelbagai cara terutamanya sistem saraf, otot, jantung dan tulang kita. Tulang kita menyimpan kalsium sebagai tambahan untuk memberikan sokongan kepada badan kita.

Jika pengambilan diet seharian kekurangan sumber kalsium,tubuh kita akan mengambil lebih banyak kalsium dari tulang kita. Lama kelamaan akan mengakibatkan osteopenia atau osteoporosis.

Tubuh menyimpan jumlah kalsium dalam darah kita dalam julat yang tertentu. Ini membolehkan sel-sel dalam badan kita untuk kekal sihat dan melakukan pekerjaan yang diperlukan untuk kehidupan. Apabila tahap kalsium dalam darah kita berada di bawah normal, kelenjar paratiroid akan melepaskan hormon yang dipanggil hormon parathyroid (PTH).
Walaupun serupa dengan hormon tiroid, PTH adalah berbeza. PTH memberitahu tulang kita untuk melepaskan lebih banyak kalsium ke dalam aliran darah. PTH juga membantu mengaktifkan vitamin D yang seterusnya meningkatkan penyerapan kalsium usus. Itulah peranan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium menjadi lebih baik.

Setiap hari saya tidak pernah tinggal untuk minum 2 gelas susu seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Tetapi saya mengambilnya dengan cara yang lebih mudah iaitu menelan 4 tablet OSTEMATRIX SHAKLEE sebelum tidur.

ISTIMEWANYA OSTEMATRIX SHAKLEE
1 tablet = 1 gelas susu = 80 biji badam
Mengandungi Vitamin D berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus supaya ketumpatan tulang meningkat.

Fungsi magnesium yg terkandung di dalam OSTEMATRIX amat membantu pengecutan saraf dan otot, aktifkan enzim tubuh untuk hasilkan tenaga ,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus (elak sembelit).


Kongsikan manfaat OSTEMATRIX dengan mencubanya terlebih dahulu.
Boleh dapatkan ready stock OSTEMATRIX shaklee dari saya, FAIZ-019.8050.837.

” Saya yakin hadiah terbesar yang kau berikan kepada keluargamu dan dunia ini adalah KESIHATAN “- Joyce Meyer

No comments:

Post a Comment