Pages

Friday, August 11, 2017

Kaya? Miskin? Takdir atau Kebetulan..

Rasa terpanggil untuk menulis sedikit perkongsian dalam kuliah dhuha masa rehat tadi yang disampaikan oleh pengetua sendiri, Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob dari kitab AL-JAUHAR AL-MAUHUB (PERMATA PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI)..

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, rutin seharian kita sebenarnya boleh mengundang kepapaan. Jom kita semak apa kata ulama dalam kitab ini. Antaranya, bersama-sama kita ELAKKAN :

1) Tidur dengan keadaan bertelanjang

2) Makan ketika berjunub

3) Makan bertaburan, contohnya nasi yang dimakan bertaburan di luar pinggan, mesti kutip dan makan selagi ia tidak jatuh di tempat najis

4) Lap kotoran menggunakan baju yang sedang dipakai, contohnya lap mulut dengan gunakan lengan baju

5) Bakar kulit bawang kerana bau busuk bahan bakaran itu boleh mengundang kehadiran jin yang sangat sukakan bau busuk dan kotor

6) Menyapu rumah waktu malam (kalau sekali-sekala takpe atau keadaan yang tak dapat elak)

7) Tinggalkan samapah dalam rumah semalaman(so, setiap hari memang kena buang sampah)

8)  Berjalan di hadapan guru , melainkan selepas meminta izin dari guru tersebut

9) Basuh tangan menggunakan tanah

10) Panggil nama ibu bapa menggunakan nama gelaran "orang tua", "Hi Pak Akob"( kalau orang putih memang dah kebiasaan mereka panggil mak ayah diorang dengan nama diorang)

11) Kedekut dalam berbelanja dan sangat berkira

12) Meringankan dan melengah-lengahkan solat (buat sekadar nak cepat habis, memang tak hadirkan hati ketika solat)

13) Menjahit baju yang sedang dipakai dibadan

14) Tinggalkan sarang labah-labah kat dalam rumah (sawang)

15) Segera meninggalkan masjid ( imam abis je, terus keluar, bukan nak zirkir, doa pun tidak)

16) Berpagi-pagian ke pasar/shopping complex dan yang paling lewat keluar dari pasar (Kedai belum buka lagi pun dia dah tunggu manakala dia orang terakhir keluar sebelum kedai tutup)

17) Bagi orang miskin saki baki makanan  (sepatutnya beri yang terbaik)

18) Memadam pelita/lilin dengan mulut (tiup)

19) Menyikat rambut dengan menggunakan sisir/sikat yang patah/ rongak

20) Orang lain yang cucikan pinggan yang kita makan (kurang-kurangkan makan kat kedai..hihi)

21) Kurang berdoa untuk ibu bapa (disarankan sekurang-kurangnya 5 kali iaitu selepas solat fardhu) 

22) Memakai seluar dengan keadaan berdiri


So, semak semula amalan seharian kita. Moga perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk sama-sama kita beramal..insyaALLAH.


Untuk dapatkan  rady stock SHAKLEE, hubungi FAIZ 019-8050837.

No comments:

Post a Comment