Pages

Tuesday, August 14, 2018

Kekalkan momentum positif anda

Kelas HEALTH & WELLNESS TALK SHAKLEE memang ditunggu-tunggu setiap bulan. Pasti ada ilmu baru yang dipelajari meskipun saya jarang “tuang” kelas. Memang selalu datang,syukur sangat ALLAH pilih untuk datang ke majlis ilmu yang berkait rapat dengan kesihatan.

Saya suka datang kelas sebab peluang ini sahaja untuk bertanya terus jika ada kemusykilan terutama tentang produk. Sebab pakar nutrisi yang mengendalikan kelas HW ini. Tambahan lagi seronok bila jumpa kawan-kawan busines partner ni, boleh share tips dan pengalaman. Rata-rata mereka datang dari pelbagai profession tak kira umur, bangsa, agama , pekerjaan dan taraf hidup. Inilah dunia masyarakat kita yang sebenar.
Turun bercampur dengan masyarakat sangat-sangat dituntut dalam agama. Disamping membina ukhwah, kelas macam ni boleh saya jadikan platform untuk berdakwah mendekati orang-orang muslim di bumi Miri , lain padang , lain pulak belalangnya.
Jom ikut saya untuk hadir ke kelas bulan depan. 🏃🏻‍♂️🏃🏾‍♀️🏃🏻‍♂️🏃🏾‍♀️🏃🏻‍♂️😍

No comments:

Post a Comment