Pages

Wednesday, March 28, 2018

Terapi anak dengan perhatian


Jangkitan virus “chicken pox” ini sudah biasa dengan masyarakat kita tidak mengira umur samada dewasa mahupun kanak-kanak. Namun untuk menguruskan ahli keluarga kita yang sudah dijangkiti virus “Varicella Zoster” ini bukanlah satu urusan yang mudah. Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.
pengedar shaklee bakam

Seperti pengalaman saya sendiri, anak saya berumur 6 tahun telah dijangkiti virus ini. Tanpa saya sedar ,bermula dengan keluarnya tahi mata selepas bangun tidur pada awal pagi, saya berfikir mungkin kerana cuaca panas dan anak saya tidak minum air secukupnya. Selepas 3 hari, barulah demam yang tidak terus panas sehinggalah tumbuh bintik-bintik yang berisi air(2 biji) di bahagian tapak kaki dan  sebiji di atas kening. Masa itupun saya belum terfikir itu adalah tanda-tanda awal “chicken pox”. Selepas semalaman anak demam dan badan mula panas dengan suhu yang tinggi lebih kurang 380c, saya terus bawa ke klinik dan doctor sahkan “chicken pox”, itupun saya masih tanya berkali-kali untuk pastikan betul ke anak saya ini “chicken pox”? Sebab memang langsung tidak terfikir akan dijangkiti “chicken pox”. Doktor memang berikan cuti kuarantin selama 5 hari pada anak dan ibu atau bapa. 

Image result for chickenpox virus
Apa peranan ibu bapa untuk bantu anak yang dijangkiti “chicken pox” ?
1. Mesti faham karenah anak yang kerap merengek dan mengadu tidak selesa. Sebab ruam-ruam merah yang tumbuh akan bertukar menjadi bintik-bintik yang berair dan rasa sangat gatal. Bukan itu sahaja, anak akan rasa lenguh-lenguh di bahgian anggota badan. Pada masa ini, sifat anak akan lebih manja dan sangat mahukan perhatian yang secukupnya. 
SHAKLEE BAKAM, LUAK, EMART RIAM
 2. Masak makanan yang boleh menaikkan selera makan anak seperti sup cendawan dan roti garlic( bila masa macam ni, tiba-tiba pandai pulak sapukan sedikit mentega dan sedikit bawang putih yang ditumbuk ) seterusnya bakar sekejap. Ada masa waktu tengahari waktu cuaca panas, saya beri sedikit aiskrim ikut perisa kesukaan anak saya(bukan perisa kesukaan kita yer) sekadar untuk sejukkan tekak dan kurangkan rasa pahit lidah anak.
Image result for mushroom soup campbell dan garlic bread
3. Pastikan cukup air untuk mengelakkan anak dehidrasi. Saya bagi minum air kelapa untuk sejukkan badan dan petua orang tua untuk keluarkan bias ruam yang masih mendap dalam kulit. Di samping itu juga Perfomance Drink Shaklee memang saya bancuh dalam botol air lebih kurang 500ml untuk bekalkan tenaga segera dan berterusan selain berfungsi menyokong penghidratan optimum.
SHAKLEE BAKAM, TUKAU, PULAU MELAYU

4. Menggunakan peluang cuti kuarantin yang telah diberi dengan meluangkan masa berbual-bual dengan anak, belikan mainan yang naikkan mood anak macam Lego( 4 tahun ke atas), warnakan buku warna bersama-sama, membaca buku cerita kesukaan anak. Dengan melakukan aktiviti bersama-sama anak, bantu dia sebagai terapi mood untuk dia “terlupa” kesakitan itu buat sementara.
SHAKLEE BAKAM, LUTONG , PIASAU
5. Pastikan pakaian yang dia pakai agak nipis dan tidak tebal. Ini untuk elakkan peluh yang akan lebih memberikan kesan gatal pada anggota badan dia. Jangan lupa sapukan krim yang doctor bekalkan supaya dia rasa sejuk dan memang dapat kurangkan rasa gatal.
Bersyukur walaupun anak sakit
Banyak hikmah bila anak diuji dengan “chicken pox”, kebersamaan bersama anak dapat lebih lagi merapatkan hubungan ibubapa dengan anak, menambahkan rasa sayang sebab kesian tengok dia merengek dan rasa tidak selesa, kita sendiri sebagai  ibubapa akan lebih berdoa dan mengharapkan pertolongan ALLAH supaya diberikan kekuatan pada anak dan kesembuhan. 

SHAKLEE BAKAM, LUAK, PUJUT
Walau bagaimanapun, pemantauan dan sifat keperhatinan dari ibu bapa yang akan lebih membantu proses penyembuhan anak kita. Pada hemat saya, jika anak sakit diberi lebih perhatian , dibelai dan dimanja, insyaALLAH anak akan segera sembuh dari masa yang kita jangkakan.
Berjumpa kita pada entry yang seterusnya dengan perkongsian yang lebih menarik dan ilmiah.
Baiklah, sebelum mengakhiri entri saya pada kali ini, ingin saya war-warkan jika ada di antara anda yang mempunyai kemusykilan dalam kesihatan, boleh pm atau hubungi saya sebagai Penasihat Kesihatan di talian FAIZ-019-8050837.
“ Life without healthy is nothing”

No comments:

Post a Comment