Pages

Thursday, June 25, 2015

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU, MIRI ; TEH..

Assalamualaikum wbt..salam sahur buat semua pembaca..didoakan semoga semua beroleh rahmat ALLAH dan kasih sayangNYA amin..
Selawat dan pujian ke atas junjugan Nabi Muhamad s.a.w..serta salam jumaat buat semua..
Bangun awal pagi rasa sangat bersyukur kerana ALLAH mengurniakan badan yang sihat. Sunah nabi kita apabila bangun dari tidur , bacalah doa.
OK, apa lagi kebaikan yang saya nak share awal pagi ni?
Sudah tentu, ia adalah sharing atas apa yang saya perolehi kesan dari pemilihan makanan tambahan yang saya gemari iaitu Cinch Tea Mix..
Setiap hari memang saya mengamalkan pengambilan Cinch Energy Tea Mix ini sebab setiap saat kita perlukan tenaga. Tengok nama pun dah tahu. Ia boleh dibancuh dengan air panas atau ais, ikut kesukaan masing-masing..ada yang tanya saya, berapa stick saya ambil sehari..ia terpulang kepada keperluan kalori setiap individu. JIka aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak, contohnya saya adakan kelas tambahan dari pagi sehingga petang dan kadang-kadang bila nak sampai exam SPM sering juga kelas sampai malam dalam satu hari, saya pernah ambil 3 stick sehari..iaitu 1 stick lepas minum pagi, 1 stick lepas makan tengahari dan 1 stick lepas makan malam..memang sangat power! sangat rasa bertenaga dan tidak letihh..saya tahu apa yang TERBAIK untuk saya, apa yang saya perlu ambil supaya saya tidak menjadikan LETIH sebagai alasan untuk tidak PROAKTIF..
Sebab itu entry ini sebagai satu saluran untuk saya berkongsi apa saja kebaikan yang saya perolehi tidak kira dalam apa segala bentuk sekali pun..
Orite..setakat ni dulu..insyaALLAH nanti saya kongsikan lagi pada entry yang seterusnya..
Pesan saya, perbanyakkan selawat pada hari Jumaat yang penuh barakah ini..
Salam ceria dan positif dari saya buat anda semua..


 

Wednesday, June 24, 2015

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU, MIRI ; Kalam Suci

Assalamualaikum ...
Tajuk Kalam Suci hari ini disampaikan oleh Ustaz Nafir berkenaan dengan kewajipan puasa 
Ayat 183 dari surah al- baqarah, yang bermaksud " Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."                             
Walaupun tazkirah dalam tempoh yang singkat, dapat juga sedikit ilmu dan peringatan pada perkara yang telah lupa..
Nanti saya share lagi..insyaALLAH..
Pesanan untuk semua dan diri saya..banyakkan berdoa di bulan puasa ini terutamanya waktu nak berbuka dan hujung-hujung sahur kerana tempoh waktu doa yang mustajab..


SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU, MIRI ; Nak tahu?

Assalamualaikum pembaca sekalian..
Dah bersahur pg tadi? Alhamdulillah..lepas bersahur, sementara menunggu azan subuh digalakkan kita berdoa dan beristighfar..
Nak tahu apa yang ambil sepanjang bersahur di bulan Ramadan ini? 
Sangat mudah, cepat, tidak ambil masa yang lama untuk menyediakannya, mampu tahan lapar dalam tempoh yang panjang malahan menjadikan kita lebih bertenaga ...iaitu...
ESP( Protein), Meal Shakes, PERFOMANCE Drink( glukos), Cinch Shake(Capucino)..tapi jangan salah faham pulak..bukan campurkan keempat-empat ni ..kadang2 saya ambil 3 gems ni iaitu ESP, Meal Shakes, dan PERFOMANCE, bancuh dalam shaker..
 Kadang-kadang saya campurkan ESP, Meal Shakes dan Cinch Shake..ini pun sangat membantu memberi tenaga, mengenyangkan dan yang paling BEST..membakar lemak..memang sangat-sangat BERKESAN menghapuskan lemak yang berlebihan, menguruskan badan dan dalam masa yang sama tidak menafikan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan. Usus pun sihat dan sangat mudah untuk memproses .
Saya rasa sangat bersyukur di pertemukan  dengan SHAKLEE, ia telah mengubah tabiat makan saya 
yang sebelum ini banyak kepada pengambilan lemak dan karbohidrat yang berlebihan..
Alhamdulillah setakat berpuasa bulan ini, saya tidak pernah mengambil nasi sewaktu bersahur dan rupanya tahan lebih lama dan memberi tenaga sepanjang saya berpuasa..
Saya rasa ber tanggungjawab untuk berkongsi dengan tuan, puan, ibu-ibu ,ayah-ayah,abang , kakak, adik-adik dan semua yang ALLAH pilih untuk baca blog saya tentang kebaikan yang telah saya perolehi..kerana bulan puasa adalah bulan ibadah, bulan bonus pahala..jadi kita tak mahu penat menjadi alasan untuk tidak atau kurang beribadah seperti bulan-bulan yang lain..sebab tu pada saya apa yang kita makan waktu sahur sangat memberi kesan apa yang kita akan buat di siang harinya..
Jadi, saya menyeru, pilihlah makanan yang seimbang, sihat dan mampu mengekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa.
Ok, setakat ni dulu..insyaALLAH berjumpa lagi di entry yang akan datang..
Doa saya untuk semua agar sentiasa dalam hidayahNYA, petunjukNYA , rahmatNYA, kasih-sayangNYA dan diberi kekuatan kepada kita agar dapat menjalani bulan puasa ini dengan sehabis baik dan lebih baik dari bulan Ramadan sebelumnya..amin..

Saturday, June 20, 2015

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU,MIRI ; BERSAMAMU..Siri 2

Assalamualaikum wbt para pembaca..
Mari kita sambung aktiviti " BERSAMAMU" bahagian yang kedua iaitu agihan barang keperluan ke 20 buah kampung, dalam 100 buah keluarga..
Sangat menyentuh perasaan sesiapa yang melihat kedaifan setiap keluarga yang kami lawati..
Bukan sahaja diuji dengan kemiskinan, malah ada yang buta dan lumpuh..
Program "BERSAMAMU " ini tidak mengira agama dan bangsa, sesiapa yang patut ditolong kita utamakan..
Gambar di bawah adalah rumah salah seorang pelajar SMKAMi, Amalina tingkatan 3z, statusnya yatim piatu dan di jaga oleh nenek yang sudah uzur dan seorang makcik  yang statusnya ibu tinggal..
Kampung Satap di Bekenu adalah kampung terakhir yang kami kunjungi..
Banyak manfaat , pengajaran, keinsafan dan pengalaman yang diperolehi dari program ini.
Bersyukur kepada ALLAH  kerana memilih kami menjadi peserta program kali ini dan memberi ruang masa untuk melihat nasib orang-orang kampung di luar sana seterusnya dapat muhasabahkan diri menjadi manusia yang paling bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan..
Terima kasih juga kepada Ustaz Fauzi kerana memberi peluang kepada warga SMKAMi bersama-sama menyelusuri kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.
Semoga aktiviti ini, mendapat redha ALLAH dan digandakan pahala ibadah sempena bulan Ramadan yang mulia ini..amin...




















SHAKLEE BAKAM, LUAK,TUKAU, MIRI ; BERSAMAMU..Siri 1

Assalamualaikum semua..salam ceria dan ukhwah! Di doakan moga anda semua beroleh kerahmatan dan keberkatan dariNYA..amin..
Nak tahu apa aktiviti saya dan geng2 yang lain hari ini? Yeah..jom join "BERSAMAMU" yang bergabung dengan SMKAMi( SMK Agama Miri) , SMK Bekenu ( Kbians), PIBG Bekenu, Petronas dan penduduk kampunn Bekenu..
Aktiviti awal ni, semua peserta berkumpul, pembahagian bantuan makanan mengikut kumpulan dan taklimat..
Saya update dulu bahagian pertama program ni..lepas ni di entry yang lain, sya update bahagian yang kedua ..iaitu " Menjejak Kampung Opak, Kampung Japil, Kampung Keluru "

Thursday, June 18, 2015

SHAKLEE BAKAM, TUKAU, LUAK, MIRI ; Kalam Suci-1

Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan buat para pembaca..sebelum mula bicara, setinggi rasa syukur kerana ALLAH masih memilih kita menjalani ibadah puasa pada hari pertama..di doakan semoga dipanjangkan umur agar sampai UMUR kita menjengah sehingga ke hujung Ramadhan..
Pada waktu rehat tadi,  SMKAMi telah memulakan aktiviti khusus pada bulan Ramadhan dengan Program solat sunat Dhuha dan semua guru-guru Islam akan Program Kalam Suci yang diadakan di Bilik Mesyuarat bermula jam 10.05-10.25 pagi . Rasa sangat bersyukur kerana apa yang dirancang dengan izin ALLAH dapat dilaksanakan .

Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar b. Bastani adalah bertajuk " Berzikir dan mengingatkan ALLAH..


    Berikut adalah antara isi kandungan yang disampaikan iaitu jenis-jenis zikir dan adab berzikir ..


Semoga sedikit perkongsian hari ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya...
Sebelum mengundur diri, saya doakan agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan ...insyaALLAH..amin..

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz