Pages

Tuesday, November 11, 2014

SHAKLEE TUKAU, BAKAM, LUAK, MIRI; TIDUR YANG LENA..

Assalamualaikum kepada semua pembaca, di doakan semoga beroleh rahmat dan kasih sayang dari ALLAH..
Sebelum meneruskan penulisan, ingin saya bertanya, setiap hari adakah anda mendapat tidur yang lena? Tak semestinya  tidur selama 6-8 jam mendapat kelenaan bukan? Tetapi ada juga tidur 4 jam sahaja tetapi cukup lena..
Bagi saya pula, tidak kira lah berapa jam pun saya tidur, alhamdulillah memang lena kerana saya mengamalkan OSTEMATRIX SHAKLEE ..saya ambil 4 biji sebelum tido..OSTEMATRIX  ini mengandungi kalsium, magnesium, fosforus , zink, boron, vitamin D  dan garam mineral dari Laut Mati..
Faedah OSTEMATRIX :
Mampu menghalang stress dan menghilangkan   stress kerana unsur magnesium membantu sistem saraf serta dapat menstabilkan denyutan yang tidak sekata pesakit jantung
Oste juga sesuaikan diambil bagi sesiapa yang mengalami kemurungan, depressi dan migrain. Semalam baru kluar berita, peratus pesakit kemurungan sekarang telah mengatasi penyakit jantung..
Bagi mereka yang sembelit juga amat disyorkan kerana ia akan melancarkan pembuangan air besar sebab oste ni adalah sumber tenusu.
Perlu diketahui, dengan pengambilan sebiji tablet= 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam
 Maka, atas faedah ini, siapa yg disyorkan mengambil OSTEMATRIX ?
1) Ibu2 yang telah melahirkan anak kerana kalsium ibu telah diserap oleh anak
2) pesakit osteoporosis
3) sesape yang mengalami senggugut ( elok diambil bersama GLA)
4) penghidap migrain, stress, depress
5) sesiapa yg bekerja kuat dr segi fizikal dan mental
6) mereka yg tak suka, tak dapat telan susu
7) mereka yg selalu lebas2 tangan dan kaki
8) ibu2 yg sedang mengandung

Pesanan murni dari saya, OSTEMATRIX ini juga amat lah berbalaoi dan sesuai sangat diHADIAHkan kepada mak ayah kita yang sedang meningkat usia sebagai tanda terima kasih kerana telah melahirkan dan menjaga kita..


Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Monday, November 10, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU, MIRI; Membuka minda..

Assalamualaikum..syukur ALLAH kurniakan keberkatan masa dapat menghadiri kelas SHAKLEE di Hotel Imperial Palace dari jam 8.30-10.00 malam..


Kelas arini adalah lebih menjurus kepada keperluan membina karier sebagai usahawan..antara factor pendorong adalah perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat, Gaya hidup yang menuntut kepada perbelanjaan yang melebihi dari pendapatan dan kebebasan wang dalam memenuhi keperluan serta kehendak individu..
Sambil tu selepas kelas sempat juga saya kukuhkan lagi penggunaan eSell di dalam blog.. Syukur..walaupun 5 minit je belajar, saya dah boleh mencapai application eSell dalam bisness SHAKLEE..
Buat pembaca di luar sana, saya mengalu-alukan kehadiran anda semua sebagai ahli dari TEAM KAIZEN saya..anda boleh menceburi bidang ini secara part time atau full time..ok..saya tungguuu kalian semua yer....

SHAKLEE BAKAM,LUAK, TUKAU, MIRI ; JOM..OMEGA!



Assalamualaikum…
Hari ini saya nak share kebaikan omega memandangkan bulan ni promotion omega..banyak sangat kebaikannya tapi saya cuma fokuskan kepada kebaikan fungsi otak..
Tapi sebelum tu ingin saya ceritakn serba ringkas tentang apa itu DHA yang terdapat dalam omega..
Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa.
DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.
Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius.
Jadi, omega amat bagus untuk fungsi otak.tambahan lagi bagi ibu-ibu yang menyusu, pengambilan omega amat digalakkan dan memberi faedah yang amat besar..
Jom, kita cuba hari ini juga Omega Guard Shaklee…!
UNTUK ODER..SILA KLIK DI SINI
 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0ee7cdb0c30e70bdb04b5c35d009d541

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Friday, November 7, 2014

SHAKLEE BAKAM, TUKAU, LUAK, MIRI ; ONE-TO-0NE

Assalamualaikum buat semua pembaca..
Baru sebentar tadi, saya meluangkan masa bersama 2 downline saya berkongsi cerita dan pengetahuan berkaitan dengan bisnes SHAKLEE..apa yang kami bincang antaranya keperluan dan kebaikan produk asas iaitu protein, b complex, vitamin C dan vita lea (multivitamin) di samping itu kami juga berkongsi tentang strategi pemasaran secara offline..
Sengaja saya memilih mas dan ju (downline) sahaja untuk malam ini supaya komunikasi lebih bersifat one-to-one..dan khusus melatih mereka berniaga sebagai suri rumah..
Perbincangan bermula dari jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam, bila dah bincang pasal SHAKLEE ni, 2 jam pun rasa macam 2 minit..moga ALLAH mengurniakan berkat dalam setiap perkara yang kita lakukan.amin..
Rasa amat seronok dengan bisnes SHAKLEE ni, antara sebabnya kita dapat ilmu pengetahuan yang luas tentang kesihatan khususnya dan perniagaan amnya, mempunyai ramai kawan  dari pelbagai latar belakang, yang paling penting dapat membantu orang lain sihat serta meningkatkan taraf ekonomi keluarga sendiri dan orang lain . Itupun belum lagi apa yang ditawarkan dalam SHAKLEE..
Bagi sesiapa yang berminat untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga, saya betul-betul ingin membantu lebih ramai orang jadi sihat, dialu-alukan untuk join team saya..KAIZEN SHAKLEE TEAM dengan tema.." Bermujahadahlah dalam bermuamalah untuk mencari redha ALLAH"

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang FaizAli

SHAKLEE BAKAM, TUKAU, LUAK, MIRI : SANTAPAN ROHANI



Assalamualaikum..
Seinfiniti rasa syukur kerana suamiku, Ustaz Ali dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu tauhid yang wajib dipelajari iaitu SIFAT 20..
Kuliah mingguan ini disampaikan kepada anak-anak didik SMKAMi khusus untuk mengenali sifat ALLAH..antara sifat ALLAH yang wajib diketahui ialah WUJUD, QIDAM (sedia ada) , BAQA (berkekalan ALLAH itu tanpa ada pengakhiran)..ilmu tauhid ini perlu berguru untuk belajar dan wajib untuk kita belajar..dan kuliah seterusnya akan bersambung pada minggu hadapan insyaALLAH.
Moga perkongsian yang seba ringkas ini memberi semangat untuk meneroka ilmu mengenali pencipta kita dengan lebih dekat, benarlah kata pepatah.." Tak kenal maka tak cinta.." sampai di sini dulu,jumpa kali pada entry akan datang insyaALLAH..dan assalamualaikum..

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Sunday, November 2, 2014

SHAKLEE BAKAM,LUAK, TUKAU, MIRI; Dah lama tak melakukan aktiviti ni..

Lepas zuhur dalam pukul 1 tengahari bersiap- siap sediakan barang nak berkelah..masak mmg simple sawi masak air, ikan bilis goreng cilipadi ( masakan arwah mak), goreng ikan masin..mana taknya simple, mmg  tak plan nak berkelah pun..,tapi yang best nya, k.jem masak special ,ikan kerapu stim..
 Mendamaikan dan menenangkan...
Apapun alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun tidak dirancang awal..
Terima kasih suami ku, Mohamad Ali, anakanda Ahmad Mishary Al- Hijazi dan kekanda Ku, Kak Jem yang sudi meluangkan masa seketika untuk bersama..moga ditulis sebagai pahala ibadah..amin














Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

SHAKLEE BAKAM, LUAK, TUKAU, MIRI ; Moga usaha ini diberkati

Alhamdulillah  buat kali keduanya usrah FLAT 1 dapat dijalankan di rumah kami..syukur pada kali ini sambutannya lebih ramai dari minggu lepas dan kali ini juga dapat kali melaksanakan solat isyak secara berjemaah ..
Tajuk usrah kali ini adalah rukun solat, sambungan dari minggu lepas..
Banyak persoalan dan pandangan dari rakan jemaah, antaranya dari Us. Husni dan Us. Nafir, begitu juga macam minggu lepas, salah seorang dari rakan jemaah iaitu Us. Shahi telah membuat sedikit penambahan dan pencerahan tentang persoalan niat..
Moga usrah minggu depan lebih mendapat sambutan dan dialu-alukan bagi sesiapa yang ingin berkongsi ilmu pengetahuan..

Nabi s.a.w bersabda :
" Pelajarilah ilmu kerana mempelajari ilmu itu suatu kebaikan, menuntutnya satu ibadah, muzakarahnya suatu tasbih, membahaskannya suatu jihad iaitu suatu perang sabilillah dan mengajarkannya kepaa orang yang tidak tahu adalah satu sedekah. "