Pages

Saturday, May 31, 2014

SHAKLEE BAKAM,LUAK, MIRI ; LEVIS 501...

Rahsia berkat..
Satu hari dtg seorg pemuda mengeluh kpd seorg ustaz.." ustaz,saya peliklah dgn diri saya ni.gaji saya sebulan rm15 ribu ustaz tapi kenapa xpenah cukup."
Lalu ustaz pun bertanya..
" Saudara masih ada ibu?"
" Ye ustaz, masih ada..kenapa? "
" Jumpalah dengannya dan pohon ampun darinya." jawab ustaz dengan tenang.
Lalu pemuda td berjumpa dengan ibunya lalu bertanya.
"Ibu, saya ingin bertanya, ada ke apa2 kesalahan saya yg ibu belum ampunkan?"
" Tiada pun wahai anakku..semua kesalahanmu telah ibu ampunkan."
" Ibu, berterus-teranglah dengan saya,mungkin ada perkara yg pernah menyebabkan ibu terguris dengan saya..cakaplah ibu..cakaplah..saya sedia mendengar.."
" Betul nak, semuanya ibu dh ampunkan..tiada apa pun yg membuatkan ibu terasa.."
Mendengar jawapan ibunya begitu,lalu pemuda td melutut sambil merayu2 memujuk ibunya sehingga ibunya turut menangis sebak dan hiba lalu berkata..
" Wahai anakku, masih kah kau ingat peristiwa 10 tahun yang lalu? Ketika kali pertama engkau mendapat duit gaji,kau membeli sehelai seluar jeans yang mahal,Levis..kau minta ibu membasuhnya,lalu kerana kecuaianku, aku telah mencampurkan peluntur tanpa sengaja..dek kerana turunnya warna pada jeans itu, aku telah mencampurkan nila untuk menutup kecuaianku..apa yg kau katakan padaku? Ibu!! Seluar ni sangat mahal , saya beli dengan duit gaji saya sendiri. Ibu dah merosakkan seluar saya..!!"
" Maafkan ibu wahai anakku,bukannya ibu sengaja..ibu ni orang kampung nak,  manalah tahu menguruskan pakaian mahal begini..."
Lalu pemuda itu meninggalkan ibunya dengan hati yang panas..
" Kau masih ingat peristiwa itu nak? kerana kata-kata mu itu,aku rasa cukup terguris walaupun aku telah memaafkan mu anakku.."
Mendengar pengakuan ibunya, lalu pemuda itu terduduk dan terus sujud mencium kaki ibunya seraya memohon ampunn...
Ibu mana yang tidak memaafkan anaknya walau sederhaka mana pun seorang anak itu..
Dengan azam dan tekad, pemuda tersebut mengambil keputusan berhenti kerja kerana menganggap kerana kerjayanya dia lupa diri..pemuda tersebut membuka perniagaan kedai makan dan berkat doa dan redha seorang ibu terhadap anaknya, pemuda tersebut sangat berjaya sehingga membuka cawangan di setiap negeri. Pendapatannya mencecah rm64 ribu sebulan.
Semuanya berubah sekelip mata berkat dari doa dan redha ibunya.
Ini adalah kisah benar yang berlaku di Malaysia.
Moga perkongsian ini mampu membuka minda dan hati tentang peri pentingnya keberkatan dari seorang ibu..
Saya mendoakan agar pahala dari perkongsian ini dapat dihadiahkan buat ayahbonda saya yang telah menghadap ALLAH. Moga ALLAH menjadikan liang lahad mereka sebagai taman2 syurgaMU..amin..

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 01
98050837 Salam Sayang Faiz

Wednesday, May 28, 2014

SHAKLEE BAKAM,LUAK, MIRI ; WE CARE ABOUT YOU..

Cuti sekolah dah bermula Rabu, tapi SMKAMi mengambil peluang dan kesempatan untuk meneroka keupayaan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepajang cuti sekolah selama 3 hari..program pembukaan adalah " We Care" untuk pelajar2 form 5..
Antara tujuan program ini adalah untuk memberi keyakinan dan membina nilai2 positif dalam diri mereka sendiri tanpa melihat kekurangan sebagai alasan untuk berjaya..pada saya walaupun program ini bermula dari jam 1.30-5 petang, taklah lama sangat tapi pengisiannya cukup mantap, padat dan penuh bermakna..dari sini kita nampak bagaimana paradigma( cara melihat) setiap pelajar pada sesuatu keadaan dan situasi..samada mereka melihat sebagai cabaran, masalah atau alasan..
Kekuatan fizikal , emosi, mental dan rohani juga teruji dalam aktiviti ini..secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa pelajar form 5 tahun ini perlu diisi dengan nilai2 estetika terhadap disiplin ilmu, adab menuntut ilmu dan keakraban dengan sang pencipta !
Para guru SMKAMi takkan pernah jemu mengisi semua kelompangan dan ketandusan setiap pelajar dalam segala aspek kerana...WE ARE REALLY CARE ABAOUT YOU!!
Bersama2 menjulangi SMKAMi ke arah SKK!
" KERANA ALLAH UNTUK MANUSIA"

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Monday, May 26, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI; Jasa mu dikenang..

Awal pagi lagi dah banyak makanan atas meja di ruang rehat bilik guru...
Semuanya untuk meraikan salah seorang dari staf SMKAMi yang berpindah ke tempat baru di Sarikei..tahniah Pn. Zollia dapat balik semula ke tempat asal..apapun terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan bantuan kak zol sepanjang berkhidmat di SMKAMi..diam tak diam lama dah saya kenal dengan kak zol ni,sejak 2005..hampir 9 tahun..moga ALLAH merahmati dan memberkati umo dan kehidupan kak zol sekeluarga..amin








SHAKLEE LUAK, BAKAM, MIRI ; Semangat Master !!

Dikesempatan yang sibuk arini, sempat jugak saya attend course SHAKLEE, dari pukul 2-5 petang..memang saya bersemangat nak jadi LUAR BIASA!!!
Saya nak sangat jadi Master hujung tahun ni, jadi, sya mesti usaha luar biasa, mesti rajin membantu org lain untuk menjadi lebih sihat, mesti bantu org lain untuk mengubah hidup mereka supaya menjadi luar biasa..
Walaupun saya bekerja sebagai guru, saya memang dah ada gaji tetap, tapi kenapa saya nak join SHAKLEE untuk dapat income yang lebih? Alhamdulillah setakat yang saya buat, boleh menjangkau 4 angka! Itupun sya masih komit dengan kerja-kerja sekolah, masih sempat buat kelas tambahan tanpa mengganggu jadual kerja saya.
Untuk pembaca, amat beruntung sesiapa yang join MLM Shaklee ni, di samping mendapat income dpd sales bulanan kita, banyak info kesihatan yang saya dapat dpr kelas mingguan, sosial skill pun dapat diasah sebab ramai jumpa orang kan..kalau mengharap macm sya ni asyik jumpa student je, boring jgak lama2..bila kita jumpa customer, mcm2 jenis orang kita jmpa, tak kira umur, pangkat, bangsa dan agama..yang ni buat kita lebih luas pandangan dan dapat bertukar2 idea..
Macam kelas arini, saya rasa lebih terarah bagaimana nak manage bisnes ni dengan lebih baik..dab berdasarkan Hukum Nombor..haa jangan  ingat matematik je ada hukum, belajar bisnes lagi banyak hukum..cadangan untuk kelas yang akan datang, oleh kerana ini khusus untuk yg belum jadi master, jadi elok jugak kalau adakan sesi demo untuk jual beli dengan pelbagai jenis customer, suruh peserta yang demo,.antara jenis customer ;
1) yang rasa tak perlu makan vitamin
2) yang berkira nak beli vitamin
3) tak tahu kepentingan ambil vitamin
4) beli sebab nak ambil hati penjual
 Lepas tu cadangan lagi, kan master2 kita suruh buat dream board kat umah, alangkah bagus dan efisien klu buat dream board time bengkel..rasanya lagi seronok dan lebih menyuntik semangat!!

Apapun terima kasih atas perlaksaan bengkel yang bisa membuka minda dan hati untuk menjadikan bisness SHAKLEE ni sebagai satu platform untuk merealisasi segala impian yang luar biasa yang tidak mampu difikirkan oleh orang biasa- biasa sahaja..
Jadi, bagi anda yang ingin tergolong dalam kalangan orang yang luar biasa dan mempunyai impian yang luar biasa..jom hubungi saya, jumpa saya, dekati saya, join saya bersama SHAKLEE, " Dunia baru yang mampu mengubah dunia anda ! "

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Wednesday, May 21, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; Waahh..bestnya..semua boleh makan..

Best betul BOM kali ni, memang patut dihadiri oleh semua orang..sebab semua orang sekarang ada risiko yg cukup tinggi untuk mendapat penyakit jantung..jadi kali ni  kelas SHAKLEE berkongsi ilmu pengetahuan dan produk terbaru SHAKLEE, PHYTOCOL ST...nak sebutnya.." faitokol"..ia berfungsi khusus untuk mencegah penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol jahat iaitu LDL ( boleh menyebabkan saluran darah sempit dan akhirnya membentuk plag dalam salur darah, inilah punca penyakit jantung).
Kenapa saya kata semua kita berisiko untuk mendapat penyakit jantung? Sebab pengambilan makanan kita setiap hari mengandungi kalori yang melebihi dari sepatutnya..bagi seorang dewasa normal, pengambilan kalori tidak boleh lebih dari 300 mg, manakala bagi pesakit jantung tidak boleh melebihi 200 mg..tetapi mari kita tengok kandungan kalori bagi setiap hidangan berikut :
a) nasi lemak 213 mg
b) nasi goreng 445 mg
c) mee goreng mamak 376 mg
d) tom yam 353 mg

Banyakkan kandungan kalori dalam makanan kita seharian?
 Mesti kita akan fikir, makanan apa yg kurang kalori?
Sedangkan ini lah makanan yg sering dijual di kedai-kedai..kalau masih teruskan dengan tabiat makanan begini,memanglah amaaattt berisiko utk mendapat penyakit jntung..tapi siapa yg nak sakit jantung?? Maka...segala persoalan sudah terjawab dengan produk terbaru SHAKLEE..PHYTOCOL ST..
Mengikut kajian secara klinikal yg lebih dari 80 kajian, fitosterol yang mempunyai sturuktur yang hampir sama dengan kolestrol akan berebut dengan kolestrol untuk mendapatkan tapak serapan untuk menghalang serapan kolestrol di bahagian badan..jadi, dengan pengambilan PHYTOCOL ST SHAKLEE ini, ia mampu menurunkan kolestrol LDL dan mengurangkan risiko penyakt jantung..

Jadi, yang besstnya kita masih berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dengan adanya PHYTOCOL ST..

Bagi sesiapa yg patut mencuba produk terbaru SHAKLEE ini, boleh lah hubungi saya di samping mendapat khidmat nasihat dan konsultansi tentang kesihatan..ok..apapun jaga kesihatan kita melalui amalan pemakanan yang sihat..
" BADAN SIHAT, AMALAN HEBAT !! "

Gambar di bawah bersama Tracy, speaker BOM mlm ni..Master  N, bakal master, dan bisnes partner,VV..












Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Tuesday, May 20, 2014

SHAKLEE BAKAM, LUAK, MIRI ; Dah tak naik...


Faiz, Faiz....ayah akak pegi check kolestrol semalam, alhamdulillah tak naik dah kolestrol  dia...balas saya..ooo..syukurnya, lepas ni taklah doktor bising-bising lagi..hehe..apa yang dia makan kak?..eehh kau ni..kan akak dapat hadiah cabutan bertuah COQ HEALTH ko bagi tu, jadi akak cubalah bagi kat ayah..asalnya saje lah nak nagi cuba-cuba makan sebab baca kat label botol tu ada perkataan COENZYME Q 10, yang akak tahu enzim ni memang baik untuk jantung..kan ayah akak ada penyakit jantung, jadi akak cubalah bagi..alhamdulillah tak sangka kolestrol dia turun dan dia dah tak nampak risau macam dulu..bagus kak,teruskan ambil ye..tina kasih faiz..hehe
tak sangka jugak saya, sebenarnya hari Sabtu haritu sekolah saya anjurkan makan tengahri di Hotel Park City dan setiap guru perlu membawa hadiah masing-masing untuk ditukar-tukar..saya pulak tergerak nak hadiahkan COQ HEALTH..niat saya agar guru yang dapat hadiah ni adalah orang yg patut dapat..ALLAH MAHA MENGETAHUI, tak sangka kak bahjah pulak yang  dapat..memang kena lah buku dengan ruasnya..untuk entry esok saya akan tuliskan serba sedikit kebaikan VITAMIN  COQ HEALTH SHAKLEE...hehe..ok, sya nak g sekolah ni..sedikit doa untuk amalan semua...
" Ya ALLAH bantulah kami untuk beribadah kepada MU, kekalkan hati kami dalam beribadah kepada Mu, matikanlah kami dalam kami sedang beribadah kepada Mu dan matikanlah kami di tempat ibadah.." amin..

Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Monday, May 19, 2014

Shaklee Bakam, Luak, Miri ; Amat diperlukan..

Dulu saya masih ingat lagi time study kat um..waktu tu tahun 1998 ...saya amik asasi sains fizikal, zaman tu masih 2 tahun lagi..syukur ada rezeki sambung kat um..
Bila dah jadi budak kampus ni, baru tau susahnya nk jadi org berjaya..mana taknya..kan baru masuk, mmg dah kena serasi dengan  jadual yg padat dari jam 8 pg sampai 5 petang kuliah..cuma, rehat jam 1-2 ptg je utk solat zuhur dan makan tengahari..lepas tu balik kolej kena join program kolej plak ( memang syarat  utk kekal duduk dalam kolej) ..memang letihh melalui hari2 yg mendatang mcm ni..sampai satu keadaan , tensionn sgtt sbb penaattt, letihhh, lebih2 lagi xdapat fokus dalam kuliah sbb letih badan ...
Saya bersyukur sbb ditemukan dgn sahabat saya yg jadi roomate waktu tu, beliau lah yang kenalkan saya dengan pemakanan tambahan ni atau biasa org sebut " vitamin " ..bermula dari situ lah saya belajar2 makan vitamin ni..apa yg disyorkan adalah apa yg saya perlukan sebagai SEORANG MAHASISWA..iaitu BCOMPLEX , LECITHIN DAN VITA.C...
Kenapa saya sebut mahasiswa?? Sebab mahasiswa yg proaktif menjalani kehidupan di kampus yg padat dengan aktiviti di samping kuliah dari pagi sampai ke malam, tu tak termasuk dengan assignment yg berbuku2...( tersenyum sambil menaip cerita sendiri, teringat kenangan belajar di um dulu)..jadi b complex amat diperlukan sbg pembekal tenaga seharian, lagi byk bebanan dan tgjawab, lagi amat perlukan bcomplex..kadang2 sehari 3 biji makan,,,tapi kesann dia memannggg poweerrrrr...badan dan otak tak letihh langsung..sebab..dia menukarkan makanan yg kita makan kepada tenaga sepenuhnya..sebab tu kita xletih..lagi satu bcomplex ni mampu melawan tekanan sebab 8 komponen vitamin B  ni memastikan kesihatan fungsi saraf..so, sape2 yg sakit kepala, migrain mmg akan reda..sebab tu saya masih ambil bcomplex sehingga sekarang..dah bape lama tu? Hampir 15 tahun kan...harganya pun mmg berpatutan!
Manakala vita.c plak saya perlukan sebagai imun dari penyakit..budak kampus semua org faham..kuranggg sgtt tidurr..jadi mudah la kena selsema dan demam..jadi, dengan vita.c sebiji sehari mmg dapat tingkatkan imun sistem saya...klu saya dah kena selsema pagi2 tu, terus makan sebiji, dalam sejam terus hilang sikt demi sikit..itu kalau dah kena flu, klu belum kena flu, dia akan cegah..,mana taknya.sebiji vita.c shaklee bersamaan dengan 7.5 biji limau..dasyatkan teknologi skang ni.. Jadi, sape2 yg sanggup dan boleh makan 7.5 biji limau sehari, no need to take vita.c...hehe..boleh ke?..
Dan yang paling2 penting sekali..adalah lecithin..ia diekstrak dari kacang soya organik- bukan GMO, sebiji lecithin terdapat 520mg lecithin soya termasuklah 80 mg kolin dan 48mg inositol.. Kedua2 ni berperanan meningkatkan daya ingatan di mana ia sbg panghantar untuk saraf kranial yang mampu meningkatkan kuasa pembelajaran, baiki daya ingatan dan akhirnya menjadikan kita FOKUSSS sgt dalam belajar..so, baca sekejap pun dah mudah hafal..yg ni pun masih saya amalkan sehingga sekarang termasuklah vita.c tadi...
Lepas saya ambil ketiga2 vitamin tadi,mmg amat luar biasa kesannya, tak mudah letih, jarang sakit demam, batuk dan selsema serta saya lebih mudah fokuss dalam kuliah tanpa mengurangkan aktiviti di kolej..sebab tu sampai dah keje pun masih aktif dan boleh melakukan banyak aktiviti tapa rasa penatt yang cepat..
Kerana kesannya bagus lah saya nak share dengan pembaca semua..
Jadi, bertindaklah untuk mengambil vitamin2 tadi..dan boleh dapatkan dari saya...CIKGU FAIZ (019-8050837) ..penghantaran ke SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG..tak rugi mencuba!!







Jika berminat untuk mengetahui mengenai produk Shaklee, hubungi kami Email : amishary248@gmail.com No Tel : 0198050837 Salam Sayang Faiz

Sunday, May 11, 2014

SHAKLEE BAKAM ; Kehadiranmu membawa rahmat..

CEPAT...CEPAT !!! ..saya pun jadi terpinga2 kenapa suami sya suruh saya cepat2 bersiap..lepas solat zuhur.,suami suruh ke depan ruang tamu....
Terus suami ucap..SUPPPRRRIISSEEEEEE.....SELAMAT HARI IBU...
Dapat jugak sekuntum bunga...yang bestnya dah nak masuk hari ke3 bunga tu masih kembang mekar...saya letak setitik basic H dalam pasu yg direndam..cantik tak.? Kembang kan ? Ni gambar bunga tu..
Terima kasih ya ALLAH menganugerahkan ku seorg suami yg solehh..yg sabar mendidik ku menuju ke jalan MU..syukurr..dan kehadiranmu, AHMAD MISHARY AL- HIJAZI membawa seribu rahmat yang meletakkan diri ku sekarang sudah bergelar ibu...







SHAKLEE BAKAM ; Quality Time..

Bestnya arini dapat g berkelah sebelah petang di pantai bakam..dekatla jugak dari umah..xsangka jgakk sempat masak nasi ayam sket dan ajak sorang dua untuk join..alhamdulillah..

Yang lagi best..sempat main layang2 daa..k.jem yg beli..rupanya baru saya tahu hubby saya pun minat layang2..hehe
Entah macamana, hujan rahmat plak tetiba..kuasa dan kehendakNYA.. kononnya cubala bertahan jugak, tapi makin lebat..jadi..sayonara la pantai bakam..ada kelapangan kita berkunjung lagi..insyaALLAH..walaupun dalam sejam je berkelah, tapi cukup BERMAKNA.. Moga aktiviti rehlah ini dicatatkan ALLAH sebahagian daripada ibadah atas niat untuk merapatkan ukhwah sesama kami di samping menikmati keindahan pantai yg MAHA HEBAT PENCIPTANYA..amin..







Sunday, May 4, 2014

SHAKLEE BAKAM, MIRI : DULU RISAU, SEKARANG SELESA..

Sebelum ni, bila balik kerja dengan badan yang penat memang berat nak g dapur nak masak,,tapi kalau x masak, lapar plak sedangkan malam ada kelas tambahan lagi..last2 g kedai makan,tapau ataupun paling cepat dan pantas nk kejar msa lah kononnya,singgah KFC atau Marrybrown..tapi lama2 pikir jugak sampai bila nk macam ni..sedangkan memang tahu bahayanya fast food ni....jadi,,apa yg saya buat, saya fikir betul2 tentang kesihatan saya 5 atau 6 tahun akan datang dengan cara hidup dan cara makan yang mcm ni, memang semua pun dah boleh jwab dan agak..tapi setiap hari saya berdoa moga ALLAH kurniakn saya bdan yang sihat..mana mungkin nak makbul sedangkan doa tak seiring usaha kan??

Jadi, sya telah mengambil keputusan yang tepat, saya mesti mengambil makanan pada waktu malam yang berkhasiat dan mengenyangkan dan memberi saya tenaga sepanjang kerja saya pada waktu malam..syukur sangat2, hampir 2 bulan saya dah mengamalkannya..apa yg saya ambil selepas waktu magrib sebelum melakukan aktiviti sekolah pada waktu malam..ESP(Protein) , MEALSHAKES, CINCH VANILLA..sya shake dalam shaker yang ada  dijual di SHAKLEE. sya letak semuanya dalam kuantiti yang sama, 2 sudu besar..lepas shake, saya minum terus habiskan satu shaker tu..saya minum dalam pukul 8 mlm dan badan saya memang boleh kenyang sampai jam 11-12 malam..dahlah memang berkhasiat sebab setiap tu mengandungi protein, vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh badan tanpa memberi kesan gemuk pada badan malahan membuang lemak2 yg tak diperlukan oleh bdan dan menurunkan kolestrol..

Kalau sebelah pagi, saya ambil ESP, MEALSHAKES dan PERFOMANCE DRINK..saya bancuh dalam shaker mcm tadi jugak,,minum awal pagi b4 g sekolah..pun boleh tahan sampai tengahari..kalau sekadar baca entry saya ni mmg susah nak percaya, jadi mesti cuba dahulu baru dapat apa yg saya rasa..tak rugi sebab mmg berbalaoi dan meringankan badan sebab kadang2 bila makan nasi, bila dah kenyang badan plak rasa berat dan malas..tapi lepas dah cuba ESP, MELASHAKES, CINCH DAN PERFOMANCE DRINK..MEMANG PUASSS HATI..alhamdulillah..

Lagi2 plak bulan ni promo MEALSHAKES, jomlah cuba..boleh contact saya ...

CIKGU FAIZ, 019-8050837, perkhidamatan pos juga saya uruskan.. 



SHAKLEE BAKAM, MIRI ; Sebelum terlambat..

Sedikit kisah pendek sebagai renungan..
" semasa dia muda dulu, sedang sihat anggotan badan, kuat upaya melaukan apa2 kerja pun, tetapi solatnya, hanya melaksanakan yg wajib sahaja, zikir pun kadang2 ye kadang2 tidak, lebih banyak tidak, solat berjemaah pun sekali sekala lebih kepada jarang2, sedekahnya pula bila org meminta,belajar kitab pula tidak pernah ada dalam organizer kehidupan, solat sunat apatah lagi...usia pula semakin meningkat dewasa dan akhirnya telah menjadi tua dan kekuatan badan semakin lemah dan penyakit mula mengunjung tiba..suatu hari apabila dia telah jatuh sakit, ramailah juga sahabat handai berziarah termasuk golongan yg seumur dengannya dan tak kurang juga yg muda..tetapi apa yg menjadi pengajaran di sini adalah...apabila orang2 muda yang melawatnya minta izin untuk solat dahulu, di depan matanya org2 muda ini bersolat sunat sebelum solat wajib seterusnya menunaikan solat wajib secara berjemaah. kemudian, di kesempatan yang ada, org2 muda ini sempat mengadakan sesi tazkirah ringkas....apa yg terdetik pada hatinya ialah kan bagus kalau ALLAH kembalikan semula usia muda ku, sudah tentu akan ku laksanakan sepertimana golongan muda ini perlakukan tadi..kan bagus kalau badanku sihat seperti mereka, boleh la aku solat berjemaah di masjid...."

Pengajaran dari coretan di atas..kita sedang melalui fasa muda ini,,dan jika dipanjangkan umur, kita akan melalui fasa tua juga..jadi beramal lah sebelum sakit, semasa sihat, sebelum sibuk, semasa mencari rezeki, rebutlah semua peluang yg ALLAH pinjamkan buat sementara sebelum diambil semula seikit demi sedikit..

petikan di atas, saya baru dengar dari siaran "Cinta Ilmu " di tv AL-Hijarh jam 6.15- 7 mlm tadi yg disampaikan oleh Dr. Zulkifli Nordin..

SHAKLEE BAKAM, Miri ; Zikir tenaga

Salam semua, 
Rutin biasa yang semua orang lakukan tetapi tidak semua yang tahu kelebihannya..
Setiap kali lepas solat kita biasa amalkan zikir subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar..antara kelebihannya..zikir ini memberi tenaga kepada sesiapa yg biasa mengamalkan dengan yakin..kerana zikir ini Rasulullah berikan kepada anakanda , Fatimah kerana mengeluh penat apabila sedang menguli tepung. Maka, rasul menyuruh Fatimah meletakkan jari di tempat menguli tepung sambil membaca zikir yg saya tulis di atas tadi, dan dengan izin ALLAH tempat menguli tepung itu berjalan sendiri..inilah hikmah zikir yg kita amalkan setiap kali lepas solat..
Dalam satu riwayat lagi, barangsiapa yg mengamalkan zikir ini setiap kali seleps solat, dosanya akan diampunkan sehingga solat yg seterusnya..insya ALLAH..
Selamat beramal !